BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Lambaian Kaabah: Membersihkan diri sebelum berangkat ke Tanah Suci


Gelaran haji atau hajah biarlah mabrur, bukan untuk bermegah-megah

SERUAN haji bergema lagi, tanda musim haji sudah bermula. Ibadah haji wajib bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan memenuhi syarat ulil amri dan pihak berkuasa Arab Saudi menjadi medan penuh ujian dalam mematuhi rukun wajib haji. Menunaikan haji bukan perjalanan yang mudah bagi Muslim yang membawa bersamanya segala beban pengalaman hidup sama ada kehidupannya dihabiskan dengan melakukan dosa dan culas memburu pahala sama ada wajib atau sunat.

Jika seruan haji disambut hanya kerana ikut-ikutan maka ibadah yang dilakukan hanya separuh hati dan haji mabrur yang menjadi cita-cita semua bakal haji dan hajah akan hanya akan menjadi 'haji sangkut' yang hanya dipakai hingga hembusan nafas terakhir.



Gelaran haji yang dibawa bersama setelah selesai ibadah di bumi Makkah akan menjadi kenangan abadi dan diingati bukan saja oleh diri kita sendiri malahan orang yang menghantar kita pergi dulu dan orang yang menyambut kita pulang. Bagi setiap bakal haji yang sedang bersiap sedia menyambut panggilan haji selain mempersiapkan diri dengan segala bacaan dalam rukun haji kita harus 'membersihkan' diri daripada segala dosa dan memohon ampun dan maaf daripada semua pihak terutama yang terasa hati dan berpotensi tersinggung oleh perbuatan dan lisan kita.

Sebagai seorang Muslim yang berada dalam zaman ekonomi tidak menentu, kesempatan untuk menunaikan fardu haji atau umrah bukan perkara mudah. Selain kos mengerjakan haji tinggi, kos untuk waris dan tanggungan yang ditinggalkan turut perlu difikirkan juga. Jika tidak akan timbul pula fitnah orang mengatakan langkah kita mengejar akhirat mencicirkan dunia yang juga kewajipan kita. Sebaiknya bakal haji menyelesaikan segala hutang dan belanja tanggungan sebelum meneruskan cita-cita menyahut seruan haji di Makkah. Gelaran haji yang bakal diraih akan kelak menjadi suatu gelaran sinis yang akan memalukan diri kita sendiri.

Jika boleh biarlah gelaran haji yang dianugerahkan kepada kita kerana mendapat haji mabrur tanpa memerlukan kita apabila pulang dari tanah suci terpaksa membayar hutang keliling pinggang sedang kita semua tahu bahawa salah satu syarat haji ialah berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan.

Membawa pulang gelaran haji atau hajah biarlah tanpa kontroversi atau isu yang mampu membuatkan gelaran yang menjadi idaman semua umat Islam di seluruh dunia itu dipertikaikan. Jangan pula apabila balik dari haji, perangai buruk sebelum menjejak kaki ke sana diulangi. Atau setelah mendapat gelaran haji sikap angkuh dan bangga diri menjadi hiasan diri. Lebih buruk lagi jika ada yang mempunyai gelaran haji tidak berubah langsung sikap buruk mereka malahan lebih teruk apabila pulang dari Tanah Suci sikap buruk baru pula tercipta.

Bukankah ia memalukan agama Islam yang syumul ini. Kita takut ada orang Islam sendiri yang akan merasakan gelaran haji adalah lesen untuk mendapat kemegahan dan bukannya menjadi motivasi untuk yang masih belum menjejakkan kaki bertawaf mengelilingi di setiap empat penjuru Kaabah.

Sikap dan pekerti sebagai Muslim yang memegang gelaran haji perlu diubah dari buruk menjadi baik, dari cantik lebih indah budi dan sikahnya. Bagi yang bersifat bakhil tidak bertempat, singkirkan sikap yang tidak baik itu, bagi yang bersikap keras selama ini lembut-lembutkan sedikit adab kita dengan pekerja atau pihak yang berhubung dengan kita. Cara kita bertindak adalah datang dari cara kita berfikir dan cara kita berfikir datang dari hati kita yang suci dan bersih dari syak dan wasangka sama ada sesama Islam dan bukan Islam.

Jika boleh dikatakan seorang haji sepatutnya membawa imej seorang Muslim yang lengkap sebagai seorang Muslim sejati. Sesungguhnya dirinya telah lulus ujian sebagai Muslim yang memenuhi lima rukun Islam.

Justeru menunaikan haji bukan sekadar mengejar gelaran yang tidak akan memberi manfaat jika disalahgunakan atau disalah pembawaannya. Haji adalah gelaran yang perlu dibawa hingga ke liang lahad dan biarlah pahala kita menunaikan haji itu berpanjangan hingga kita dipanggil Yang Maha Esa di satu hari di mana kita tidak mampu untuk berkata-kata melainkan ibadah kita di dunia ini yang akan menilai kita dan gelaran kita.

Ingatlah bahawa seruan haji bukan saja bergema sebelum dan semasa kita di tanah suci saja, ia adalah seruan yang perlu diingati hingga kita selesai menunaikan rukun haji dan di saat liang lahad terpateri dengan tanah dan hanya gelaran haji dan nama kita yang ditinggalkan. Jadilah haji yang dimuliakan dan bukan sebaliknya.

Wednesday, October 28, 2009

Sejarah Ringkas Lagenda Qari Dunia Islam


Sheikh Mustafa Ismail

(1905-1978). Dilahirkan di Mit Ghazal. Sebuah kampong berdekatan Tanta(Utara Cairo). Sheikh Mustafa Ismail belajar Al-Quran semenjak kecil dan apabila berumur 15 atau 16 tahun beliau belajar di Azhar Institued di Tanta.
Beliau mempelajari ilmu science Al-quran dan bercadang meneruskan pengajiannya ke University Azhar di Cairo. Tetapi, beliau berminat menjadi Qari lantaran menempa nama sebagai Qari di Delta dalam tahun 1930. Beliau mulanya ke Cairo menerima jemputan membaca Al-Quran di beberapa majlis.Kemudian dijemput oleh Raja Farouk pada bulan Ramadan 1944 untuk mendengarkan bacaan beliau.Selepas perbincangan yg panjang dan penyesuaian suaranya di radio beliau kemudian membaca Al-Quran di stesen radio Mesir. Sheikh Mustafa sangat berminat dengan bacaan Sheikh Muhammad Rifcat dan Sheikh Abd Al-Fattah Al-Sacsaci, namun beliau tetap cenderung dengan cara bacaan unik beliau itu. Beliau tidak belajar muzik secara formal ,tapi dapat menguasai seni muzik dan seni lagu pada zaman itu. Beliau kerap mengembara dan terkenal di luar negeri Sebagai Qari yang teratas dalam senarai Qari-Qari Mesir, beliau berjaya merakamkan Al-Quran keseluruhannya dalam bentuk murattal dan mujawwad. Rakamannya tiada di luar Mesir. Sheikh Mustafa menjadi Qari tetap pada President Anwar Al Sadat dan mengikutinya ke Jurusalem pada 1978. Beliau di anggap sebaigai Qari terulung zaman ini kerana bacaaannya yang bertarannum dan tajweed yang baik sekali.Beliau boleh di anggap sebagai inspirasi kepada Qari-Qari yang baru.Semasa beliau meninggal dunia beliau menjadi Qari di Masjid Al-Azhar. Al-Faatihah kepada Sheikh Mustafa Ismail. Ameeen.

Tuesday, October 27, 2009

Tutup buku isu kerajaan perpaduan



KUALA LUMPUR: Pas membuat keputusan untuk menutup pintu perbincangan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengelak pemimpin parti itu terus bertelagah sesama sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi alasan, keputusan itu dibuat kerana faktor keadaan yang sudah berubah dan Pas belum mengetahui sikap sebenar pemimpin Umno yang baru.



"Kita sudah tutup buku. Perbincangan untuk penubuhan kerajaan perpaduan sudah tidak ada lagi. Tidak timbul lagi isu menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Perdana Menteri zaman itu juga sudah berhenti dan sekarang Perdana Menteri baru. Konsep itu (kerajaan perpaduan) dibentang pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pemimpin (Umno) yang ada kita tidak tahu lagi bagaimana sikap dan kedudukan mereka," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian selepas disoal sama ada isu penubuhan kerajaan perpaduan menjadi punca Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan supaya muktamar agung khas (EGM) diadakan untuk mengubah kepemimpinan parti itu.

Abdul Hadi turut menafikan parti itu mengalami krisis kepemimpinan sebaliknya hanya mengalami situasi perbezaan pendapat.

Mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Nik Aziz meletak jawatan dalam parti, Abdul Hadi berkata, Dr Mahathir tidak berhak untuk berkata sedemikian.

Katanya, kedudukan pemimpin tertinggi Pas ditentukan oleh parti itu sendiri mengikut demokrasi yang diamalkan selama ini.

Malah, beliau mempertahan kedudukan Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas dan Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas.

"Itu bukan hak dia (Dr Mahathir). Nik Aziz tidak perlu letak jawatan. Kita ada demokrasi dalam parti kita," katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau turut mengalu-alukan kehadiran Nik Aziz pada mesyuarat khas Pas Pusat hari ini atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas.


Sumber daripada: Berita Harian 28 Oktober 2009

MAKLUMAN:




Majlis Pelancaran Aktiviti sempena Sambutan 10 Tahun USIM akan diadakan pada Rabu, 28 Oktober 2009 di Perpustakaan USIM bermula jam 9.30 pagi.

Program merupakan anjuran Unit Perhubungan Awam, Pusat Perkembangan Strategik dan Hubungan Korporat di bawah Jabatan Canselori.

Tuanku Canselor, YMM Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin akan mencemar duli untuk merasmikan majlis tersebut.

Semua pimpinan mahasiswa dijemput hadir.


Disediakan oleh: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

Sunday, October 25, 2009

Istiadat turun-temurun

Majlis pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berlangsung pada 26 Oktober 2009.




SELEPAS 42 tahun, hari ini rakyat Negeri Sembilan menyaksikan sekali lagi adat istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Istiadat itu berlangsung di dalam Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Bagi memastikan kelangsungan institusi diraja Negeri Sembilan terjaga dari segi adat, perjalanan istiadat pertabalan itu dilakukan mengikut adat turun-temurun yang diwarisi sejak dahulu.


TUANKU Muhriz bersama permaisuri Tuanku Aishah Rohani bersama anakanda baginda Tunku Ali Redhauddin (dua dari kiri) dan Tunku Zain Al'Abidin (dua dari kanan). Turut sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selepas majlis Istiadat Pengurniaan Gelaran Pusaka Tuanku Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pada Febuari lalu.


Upacara pertabalan itu hakikatnya sudah pun dimulakan dengan istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti 22 Oktober lalu.

Tugas membawa keluar alat kebesaran diraja itu dari Balairong Seri ke dalam Istana Besar Seri Menanti bermula pada pukul 9 pagi dan dilaksanakan oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar, setelah mendapat perkenan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz.

Alat kebesaran

Alat-alat kebesaran itu yang terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah kemudian diletakkan di atas meja khas sebelum ditepung tawar diikuti bacaan doa oleh Datuk Johan Abdullah Yusof. Alat-alat kebesaran itu kemudian dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti dan dipasang di tempat khas di halaman Istana Besar Seri Menanti. Istiadat itu diakhiri dengan tembakan dua das meriam.


ISTANA lama Seri Menanti kini dijadikan Muzium Seri Menanti.


Alat-alat kebesaran diraja itu kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan pada Rabu ini.

Sebelum istiadat pertabalan dimulakan, Datuk Bentara Kanan akan tampil ke hadapan Singgahsana dalam Balairong Seri untuk menghadap dan memohon perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Sejurus menerima perkenan, beliau kemudiannya menyeru Datuk Seri Amar Diraja mengadap untuk haluan sembah, sebelum Datuk Bentara Dalam menyeru Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak bagi mengadap dan melafazkan pertabalan.

Ucapan

Datuk Klana Petra iaitu Imam Undang Yang Empat kemudian melafazkan ucapan pertabalan ke atas Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Lafaznya: "Adalah Undang Yang Empat dengan adat istiadatnya menabalkan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir naik takhta kerajaan Negeri Sembilan."


PEGAWAI 99 yang diketuai Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar (tidak kelihatan dalam gambar) mengarak keluar alat kebesaran diraja untuk dipasang di halaman Istana Seri Menanti.


Selepas istiadat itu berlangsung, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam akan bangun untuk menurunkan Daulat yang kemudiannya Datuk Bentara Kanan menyeru 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali.

Selepas itu, lagu kebesaran Negeri Sembilan diperdengarkan berserta tembakan meriam 32 das dari 41 Bateri Istiadat, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).


TUANKU Muhriz mencelupkan kedua-dua belah tangan ke dalam Cepu Bedak Limau yang dipersembahkan oleh Orang Empat Istana Datuk Raja Diwangsa pada Istiadat Bersiram di Panca Persada di Istana Besar Seri Menanti semalam.


Adat istiadat itu diteruskan lagi dengan Istiadat Menghadap Menjunjung Duli oleh Undang Yang Empat sebelum diikuti Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung terdiri daripada Datuk Setia Maharaja Lela Pahlawan (Luak Ulu Muar), Datuk Lela Pahlawan (Jempol), Datuk Anjah Pahlawan (Terachi), Datuk Orang Kaya Mempasir Setiawan (Gunung Pasir), Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Walat Kuala Dioh (Inas).

Kemudian diikuti istiadat menghadap oleh Datuk-Datuk Lembaga Luak dan Lembaga Waris Undang Sungai Ujong yang dimulai dengan Lembaga Sungai Ujong iaitu Datuk Mendika, Datuk Sri Maharaja Diraja, Datuk Akhirzaman, Datuk Amar Setia; Lembaga Jelebu - Datuk Menteri, Datuk Mengiang, Datuk Chincang, Datuk Senara; Lembaga Di Baroh - Datuk Merbangsa, Datuk Gempa Maharaja, Datuk Bangsa Balang, Datuk Samsura Pahlawan dan Lembaga Di Darat iaitu Datuk Seri Maharaja, Datuk Senda Maharaja, Datuk Andika dan Datuk Mendika.




Ia diikuti dengan Waris Sungai Ujong iaitu Datuk Laksamana, Datuk Panglima Besar, Datuk Johan, Datuk Lela, Datuk Muda Labu, Datuk Paduka Diraja, Datuk Senda Maharaja; Waris Jelebu iaitu Datuk Umbi, Datuk Raja Balang, Datuk Paduka, Datuk Majinda; Waris Johol iaitu Datuk Baginda Tan Emas; Waris Rembau iaitu Datuk Shahbandar, Datuk Mangku Bumi, Datuk Menteri Lela Perkasa, Datuk Raja Diraja dan Datuk Perba.

Sembah taat

Apabila semua proses istiadat menghadap itu berakhir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyembah ucapan tahniah dan sembah taat setia daripada kerajaan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Selepas ucapan tahniah Menteri Besar, ia diikuti pula dengan titah ucapan Tuanku Muhriz dan seterusnya bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Datuk Bentara Kanan seterusnya mengumumkan Istiadat Pertabalan telah disempurnakan, begitu juga Datuk Seri Amar Diraja mengadap dan memaklumkan kepada Tuanku Muhriz bahawa pertabalan telah selamat disempurnakan.

Pelantikan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diperkenan selepas Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat pada 27 Disember 2008.


Sumber: Kosmo [26 Oktober 2009]

Inti pati Bajet 2010


Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat:-



* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010


* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

* Mulai 1 Januari 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan.

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik.

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.


Disediakan oleh: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

Liverpool benam Manchester United 2-0 di Anfield


LONDON: Liverpool menamatkan mendung musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Fernando Torres menemui gawang pada miit ke-65 dan David Ngog menambah satu lagi gol pada minit terakhir untuk Liverpool meraih tiga mata penuh selepas tewas empat perlawanan berturut-turut sebelum ini.

United yang bermain dengan 10 pemain selepas Nemanja Vidic dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Dirk Kuyt pada minit ke-89, hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan Antonio Valencia terkena palang gol.


Liverpool juga bermain dengan 10 orang dalam masa tambahan apabila Javier Mascherano diperintah keluar padang.

Chelsea mendahului liga dengan empat mata daripada 10 perlawanan dengan United 22 mata manakala Tottenham Hotspur, 19 mata.

Liverpool pula meraih 18 mata.

Sementara itu, musuh ketat Liverpool, Everton pula tewas 3-2 kepada Bolton Wanderers. - Reuters


Berita oleh: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

(Sumber daripada Berita Harian, Isnin [26 oktober 2009]

MENGHAYATI PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA


Salah satu masalah yang sering dihadapi negara pelbagai kaum seperti Malaysia ialah masalah perpaduan etnik, terutama perpaduan antara penduduk asal negeri ini dengan penduduk yang asalnya datang dari negeri atau negara asing atau dari luar kawasan sejarah, budaya, ekonomi, politik dan agama penduduk asal itu. Keadaan demografi kepelbagaian kaum (etnik) di Tanah Melayu atau di Malaysia hari ini adalah hasil peninggalan penjajahan British. Mungkin ini takdir Tuhan. Bagaimanapun, sesetengah ulama' berkata bahawa doa dapat menolak takdir. Jadi, kita boleh berdoa untuk mengelakkan keadaan kepelbagaian etnik ini menjadi punca masalah kepada negara kita atau menjadi punca berlakunya permusuhan atau pertelingkahan antara kaum, sebagaimana pernah berlaku pada peristiwa 13 Mei 1969.

ALLAH memberitahu manusia bahawa Dia menjadikan manusia berbangsa-bangsa supaya manusia dapat mengenali antara satu sama lain. Firman ALLAH dalam Kitab-Nya, Surah Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: "Hai manusia,...[Kami] menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal". Jadi, dengan kehendak ALLAH, manusia yang berbeza-beza bangsa itu dijadikan demikian supaya mereka dapat, malah diperintahkan supaya berbaik-baik antara satu sama lain.

Pembaca yang budiman, kalau saya hendak menceritakan secara lanjut berkenaan isu perpaduan di Malaysia hari ini, sudah tentu akan menjadi panjang lebar. Namun, di sini saya akan mengupas serba sedikit isu yang masih 'panas' hingga hari ini. Mungkin tidak panjang, tetapi sarat dengan mesej berguna buat anda pembaca sekalian. Hari ini, masalah ekonomi orang Melayu dan jurang antara ekonomi orang Melayu dengan ekonomi kaum lain makin melebar dan sebenarnya boleh menjadi punca timbulnya perpecahan antara kaum. DEB tidak berjaya merapatkan jurang ini akibat tuduhan pihak-pihak yang membantah DEB yang mengatakan DEB merupakan dasar pro Melayu atau Bumiputera dan merupakan diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu, dan kedua mereka berkata dasar ini bertentangan dengan hukum ekonomi pasaran atau dasar yang bertentangan dengan ekonomi kapitalisme. Oleh yang demikian, DEB boleh menyekat pertumbuhan, menyekat persaingan (competition) dan 'produktiviti' dan akhirnya ekonomi negara tidak cekap dan tidak proaktif. Itu dakwaan mereka yang menentang DEB.

Saya tidaklah bertujuan untuk berbincang lebih lanjut perihal DEB ini, cuma ingin menceritakan salah satu isu yang berkaitan dengan perpaduan yang boleh mengancam keamanan Malaysia. Lihatlah hari ini, orang bukan Melayu makin lantang membangkitkan soal "hak" dan warisan Melayu. Mereka mempersoalkan institusi Melayu, agama Islam, DEB dan lain-lain lagi. Lama-kelamaan nanti orang Melayu yang hilang kesabaran akan mengungkit hak yang telah diberikan oleh orang Melayu kepada orang bukan Melayu menjelang kemerdekaan dahulu. Akhirnya, perpaduan kaum antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu akan terus retak dan boleh menimbulkan krisis etnik yang mungkin dahsyat.

Fikirkan sejenak. Peliharalah perpaduan demi keamanan dan kesejahteraan tanah air tercinta, Malaysia...sekian..


Nukilan: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

(rujukan daripada majalah DEWAN BUDAYA)

PIDATO KESELAMATAN DAN MAHASISWA PERINGKAT AKHIR


22 Oktober 2009, USIM yang diwakili saudara Mohd Ikhwan Roseli telah bertanding dalam pertandingan akhir Pidato Keselamatan dan Mahasiswa peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur...Saudara Ikhwan telah menggondol tempat kedua daripada tujuh peserta yang layak ke pertandingan akhir..Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, berjaya juga saudara Ikhwan mendapat tempat walaupun berada dalam kondisi yang tidak baik akibat demam..Tambah mengejutkan, sejurus selepas mempersembahkan pidato bagi giliran yang kedua, beliau dibawa menerima rawatan akibat suhu badan yang naik secara mendadak, dan terpaksa menerima suntikan daripada doktor yang bertugas. Penyerahan hadiah kemenangan beliau diwakilkan kepada saudara Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal, yang juga merupakan peserta pidato USIM untuk pertandingan ini. Walaubagaimanapun, saudara Azri Naim terkandas di peringkat saringan. Saudara Ikhwan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000, piala iringan dan sijil penyertaan. TAHNIAH diucapkan...Diharap dengan kejayaan ini, imej USIM dapat terus diangkat sebagai sebuah universiti yang mampu memberikan tentangan hebat, bukan sahaja dalam arena pidato, tetapi juga dalam arena debat. Moga ALLAH membantu USIM sentiasa..Ameen..


Ditulis oleh: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

Tuesday, October 6, 2009

PIDATO KESELAMATAN DAN MAHASISWA

hmmm,, sabtu ni (10 hb oktober 2009) aku ngan abg Ikhwan akan berentap ngan pemidato2 hebat IPT Malaysia untuk Pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa anjuran UPNM...kalau ikut terma dan syarat yang diberi, sabtu ni sesi saringan, yang mana 7 orang akan dipilih untuk pertandingan akhir minggu depan, tak pasti plak 17 ke 18 hb oktober, tapi yang tau r final tu kat PICC, Putrajaya....wah!!!!,, mesti grand kan...bestnye kalo dapat pergi final....harap-harap dapatlah mara ke akhir, insyaALLAH.....doakan kejayaan aku ye....