BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 25, 2009

PIDATO KESELAMATAN DAN MAHASISWA PERINGKAT AKHIR


22 Oktober 2009, USIM yang diwakili saudara Mohd Ikhwan Roseli telah bertanding dalam pertandingan akhir Pidato Keselamatan dan Mahasiswa peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur...Saudara Ikhwan telah menggondol tempat kedua daripada tujuh peserta yang layak ke pertandingan akhir..Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, berjaya juga saudara Ikhwan mendapat tempat walaupun berada dalam kondisi yang tidak baik akibat demam..Tambah mengejutkan, sejurus selepas mempersembahkan pidato bagi giliran yang kedua, beliau dibawa menerima rawatan akibat suhu badan yang naik secara mendadak, dan terpaksa menerima suntikan daripada doktor yang bertugas. Penyerahan hadiah kemenangan beliau diwakilkan kepada saudara Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal, yang juga merupakan peserta pidato USIM untuk pertandingan ini. Walaubagaimanapun, saudara Azri Naim terkandas di peringkat saringan. Saudara Ikhwan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000, piala iringan dan sijil penyertaan. TAHNIAH diucapkan...Diharap dengan kejayaan ini, imej USIM dapat terus diangkat sebagai sebuah universiti yang mampu memberikan tentangan hebat, bukan sahaja dalam arena pidato, tetapi juga dalam arena debat. Moga ALLAH membantu USIM sentiasa..Ameen..


Ditulis oleh: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

0 comments: