BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 9, 2011

Ketuanan Melayu

video



KETUANAN MELAYU

Fahami dengan hakikat, disitu letaknya makrifat…

Assalamualaikum,

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ketuanan melayu ni wahai saudara-saudaraku? Penulis cuba menjejaki asal-usul konsep ini didalam perlembagaan ataupun mana-mana bylaws namun menemui jalan buntu. Jadi, tidak salah jika saya nyatakan di sini tiada erti yang konkrit bagi istilah ketuanan melayu. Oleh yang demikian, sudah tentulah terdapat pelbagai pendapat mengenai ketuanan melayu ini. Sedangkan dalil-dalil Al-quran dan As-sunah yang subutnya qat’i namun dilalahnya dzhonni pun menjadi medan percambahan pemikiran dikalangan ulama’, apatah lagi mengenai istilah-istilah yang datangnya dari kalam insani ini.

Namun, bukanlah niat penulis untuk membahaskan mengenai perbezaan-perbezaan pendapat mengenai istilah ini… Tetapi menulis lebih ingin membincangkan bagaimanakah reaksi kita dalam menghadapi isu ini. Seperti yang telah disebutkan terdahulu, ketuanan melayu ini tidak mempunyai sebarang definisi yang konkrit, jadi aplikasi konsep ketuanan melayu ini pastilah akan berbeza menurut individu. Jadi penulis disini ingin mengajak para pembaca untuk memahami dengan hakikat kerana disitulah letaknya makrifat tentang ketuanan melayu ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan fahami dengan hakikat ini? Maksudnya disini ialah kita mengetahui dengan sebenar-benarnya akan hakikat sesuatu realiti kerana realiti yakni apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, itu tidak semestinya benar ataupun hakiki. Harus keatas kita untuk memperhalusi lagi realiti itu untuk mengetahui mengapa sesuatu itu berlaku , bagaimana ia boleh berlaku, dan ia melibatkan siapa kerana ini akan memberi kita gambaran yang lebih jelas lagi akan hakikat sesuatu sebelum kita membuat penilaian terhadap sesuatu isu. Makrifat pula disini bererti pengetahuan yang sebenar yang kita akan perolehi jika kita berjaya memahami sesuatu secara hakiki.

Jadi, disini penulis ingin mengajak para pembaca untuk menelusuri hakikat ketuanan malayu ini. Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan melayu bagi pihak-pihak yang berbeza pendapat? Mengapa ada yang menolak konsep ini dan ada yang memperjuangkan konsep ini? Agar kita dapat memahami gambaran sebenar tentang isu yang selalu diperdebatkan ini. Janganlah terus membenci sesiapa yang menolak ketuanan melayu dan mengatakan beliau sebagai pengkhianat bangsa dan tidak wajar juga saya rasakan bagi kita membangkang pihak yang memperjuangkan ketuanan melayu dan melabelnya sebagai seseorang yang bersifat rasis dan perkauman sebelum kita mengetahui hakikat ketuanan melayu menurut persepsi mereka. Oleh itu, penulis mengajak para pembaca untuk meluaskan horizon pemikiran dan berlapang dada dalam membahaskan isu ini.

Bagi mereka yang menolak ketuanan melayu penulis rasakan mereka berpendapat bahawa ketuanan melayu adalah satu fahaman yang mana kaum melayu ini menjadi tuan, dan yang lain itu menjadi hamba. Atau mungkin juga ketuanan melayu ini bermaksud semangat asabiyyah yang di tegah dalam islam yang mana dengan semangat asabiyyah ini sesuatu perkara itu ditentukan berdasarkan perkauman. Seperti contoh, jikalau seseorang dari sesuatu kaum mereka berbuat salah dan mereka mengetahuinya akan kebenarannya , mereka tetap akan mempertahankan individu tersebut kerana dia adalah dari kaum mereka. Dan terdapat pihak yang membangkang kerana ketuanan melayu ini adalah satu retorik semata-mata, hanya tertumpu kepada kroni-kroni mereka dari keturunan malayu sahaja. Misalannya, dalam hal-hal peluang pekerjaan ataupun tender-tender kontrak, mereka akan memberinya berdasarkan sifat kroniisme semata-mata bukan diatas merit keupayaan dan kebolehan seseorang individu itu.

Jika inilah hakikat ketuanan melayu bagi mereka, penulis menyokong mereka dalam hal ini dan menolak konsep ketuanan melayu di atas hakikat ini.

Namun yang demikian janganlah terus ditolak mentah-mentah mengenai pedapat yang memperjuangkan ketuanan melayu ini. Penulis merasakan harus ke atas kita memperhalusi lagi tentang hakikat istilah yang diperjuangkan oleh mereka itu. Apakah definisinya bagi mereka, dan mengapa mereka memperjuangkannya? Penulis berpendapat pihak yang memperjuangkan ketuanan melayu ini berfikiran ketuanan melayu bermaksud kaum melayu mempunyai sesuatu hak istimewa yang perlu dihormati oleh kaum-kaum lain disebabkan oleh sejarah penubuhan negara Malaysia ini sendiri. Jika ini pendapat mereka penulis bersetuju dengan mereka.

Tiap-tiap seorang dari kita perlu memahami bahawa sebelum kita menubuhkan negara ini kita mempunyai satu perjanjian yang dipanggil KONTRAK SOSIAL. Diantara kandungan kontrak ini ialah kaum melayu bersetuju memberikan taraf sebagai warganegara kepada kaum-kaum lain yang telah berhijrah ke tanah melayu yang sebelumnya hanya di didiami oleh orang melayu dan kaum-kaum pribumi sahaja. Sebagai timbal balik kepada pengorbanan besar orang melayu ini, kaum lain bersetuju untuk memberikan hak-hak istimewa kepada orang melayu sepertimana yang terdapat pada hari ini sepeti contoh raja-raja hendaklah terdiri dari orang melayu, bahasa rasmi ialah bahasa melayu, dan islam haruslah menjadi agama persekutuan ini.

Hak-hak istimewa ini pada dasarnya bukanlah sesuatu yang tidak adil pada hemat penulis kerana adakah salah untuk penduduk asal sebuah negara yang dominan untuk meneruskan kesinambungan bangsanya dengan mengekalkan raja-raja mereka sebagai pemimpin? Bahasa mereka sebagai bahasa pertuturan? Agama mereka sebagai agama yang paling tinggi? Hak-hak istimewa ini bukanlah satu bentuk penindasan terhadap kaum-kaum lain. Sebagai contoh tidak pernah bererti bilamana seseorang disabitkan dengan kesalahan syeksyen 302B kanun keseksaan kerana membunuh dengan niat dia tidak akan dijatuhkan hukuman gantung hanya kerana dia seorang melayu. Sejarah telah membuktikan hukuman yang sama akan dijatuhkan terhadap semua pesalah tanpa mengira kaum.

Malah dalam sesetengah perkara, kaum-kaum lain telah diberi keutamaan berbanding bangsa melayu. Seperti contoh di dalam Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau hanya memperuntukan 30% peratus ekuiti orang melayu di dalam sistem ekonomi negara, manakala 70% peratus lagi untuk kaum-kaum lain. Apakah ini tidak cukup lagi untuk membuktikan sikap toleransi orang melayu? Orang melayu juga tidak pernah membantah kewujudan sekolah pelbagai aliran di Malaysia, malah sekolah-sekolah aliran ini dibenarkan untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar meskipun perkara 152 perlembagaan persekutuan mengatakan bahasa rasmi persekutuan adalah bahasa melayu. Lebih dari itu, perkara 8 pelembagaan persekutuan menghalang sebarang diskriminasi diantara warganegara di atas sebab perkauman.

Namun, hari ini timbul pelbagai permasalahan berikutan konsep ketuanan melayu ini yang mana penulis merasakan berpunca kerana sebahagian pihak gagal memahami sejarah penubuhan negara mereka sendiri.Dan terdapat juga pihak-pihak yang sengaja untuk tidak memahami sejarah ini. Mereka mempertikaikan mengapa perlu ada ketidakadilan dalam negara kita ini, kaum melayu mendapat hak-hak yang tidak diperolehi mereka. Ingin saya tegaskan disini kepada mereka-mereka yang mempertikaikan mengenai perkara ini anda semua BERHAK untuk melucutkan hak-hak istimewa yang ada pada kami, NAMUN anda juga perlu INGAT , kami juga mempunyai HAK untuk menarik balik taraf kerakyatan sebagai warganegara yang dinikmati oleh kalian pada saat ini.

Akhir kata penulis bersetuju,menyokong, dan akan terus KENTAL mempertahankan serta memperjuangkan ketuanan melayu selagi mana kaum melayu masih kaum yang kuat dan mempunyai ciri-ciri yang seperti yang disebutkan dalam hadis nabi Muhammad sollallahualaihi wassalam dalam video diatas dan definisi melayu di dalam istilah ketuanan melayu adalah sepertimana melayu yang di dalam pengertian perkara 160(2) perlembagaan persekutuan. Kepada mereka-mereka yang mempertikaikan tentang perkara ini, teruskan berbuat demikian namun, ingatlah jangan disangka air yang tenang itu tiada buaya. Sudah menjadi budaya melayu untuk bersabar dan berlemah lembut meskipun terus ditindas dan dipijak, tetapi bangsa melayu juga mempunyai satu falsafah yang di panggil AMUK. Jadi marilah sama-sama kita mengambil sifat bertoleransi di dalam hal ini agar perkara-perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Penulis juga akan menentang konsep ketuanan melayu sekiranya hakikat konsep itu berpaksikan kepada semangat asabiyyah dan kroniisme semata-mata.

sekian,….

- …160(2) mengatakan melayu bererti individu yang menganuti agama islam, bertutur dalam bahasa melayu, dan mengamalkan adat resam melayu…

Surah Al-baqarah ayat 250 …

وَلَمَّا بَرَزُواْ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُواْ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ {250}

Saturday, February 5, 2011

Hargailah Al-fatihah

(Arwah berdiri paling kanan sekali, pelajar tahun 2 Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, FSU)

Hargailah….. Al-Fatihah

Salam….aku hulurkan kepadanya, lalu dia membalas salam, lalu dia bertanya guano? Aku pun menjawab gini ar guano lagi… hahaha-kami ketawa… giliran ku pula bertanya mu ni ya’qubiah yang disebut2 orang itu kan? Dok eh, ana bukhari,sekoloh je kat ya’qubiah kelate- namenya menjadi sebutan kerana beliau antara individu yang bersemangat semasa di minggu taa’ruf.

Anta dari kelate gok ko? Dia bertanya padaku selepas beberapa ketika mendengar lahjah Kelantan yang sengaja aku pekatkan bagi membuatnya selesa berbicara dengan ku… Yolo doh dari mane lagi, negeri tok guru la…jawabku.. kami terus berbual sehingga seorang teman kami datang dan membuat ikhsan menceritakan di sebalik tabir drama Kelantan ku ini…

Hahaha… dia ketawa, kuatlah auta dia ni… selepas mendapat gambaran sebenar, aku tanpa rasa bersalah berkata orang yang baik untuk orang yang baik, orang yang auta untuk orang yang auta jugak lah kan… hahaha begitulah sedikit gambaran mengenali perkenalan ku dengan rakan ku ini di suatu masa dahulu di kolej keramat sutera indah..

Beberapa lama setelah usia perkenalan kami…. Di dewan kuliah itu…. Woih… jalanlah molek-molek sikit… berat ar demo ni…dia menegurku… elokla ni!! Bentak ku sambil menambahkan lagi gaya berjalan ku, beginilah cara dia selalu menyapa ku setiap kali ku berjalan dan terserempak dengannya… memang gaya berjalanku sedikit berbeza tapi what to do right, dah memang begitu, dulu, kini, selamanya…. Kekadang ku hanya senyum ketika di sapa begitu ataupun ku membuat isyarat mengangkat kepala kepadanya dengan maksud, asal?? Tak puah ati?? Nak gado??? Adakalanya juga aku yang menyapanya sebegitu(jalan la lok2 sikit) walhal dia sudah berjalan dengan sangat baik sekali….

Aaaaaah! Muka mo lagi, tak de muka lain ke, pe la yang malang sangat aku hari ni asyik jupe mu je… nilah antara dialog yang kami gunakan sesekali apabila terserempak… ketika dia menaiki motorsikal pula dia akan mengacah-acah untuk melanggarku yang sedang berjalan atau yang sedang menaiki kenderaan… dan seperti biasa aku pun akan membuat perkara yang sama ketika terserempak dengannya… ataupun sekadar membunyikan hon bertalu-talu…

Itulah diantara memori-memori indahku bersama sahabatku ini bukhari….

Namun semuanya itu tinggal kenangan yang tak mungkin ku lupakan… Kini beliau telah kembali ke rahmatullah malam semalam kerana demam panas…

Bukhari…Bukhari… Bukhari

I might not able to change the way I walk

And even I can change it, I will never, ever, an ever change it,

Because whenever I walk it is not me who is walking,

But it is us, who are walking, it is us, who walk together,

And we will always walk together…

Beliau adalah rakan seperjuangnku, seorang sahabat, dan seorang rakan yang telah menambahkan erti dalam hidupku.. dan mungkin lebih tepat lagi beliau lah rakan berkelahi dan teman bergaduhku… sehingga mereka yang tak mengerti sering menyangka kami ini bermusuh walhah kami adalah sahabat yang bersahabat melalui hati…

Aku berdoa agar dihari itu nanti, hari di mana sahabat karib masing-masing menjadi musuh kepada sahabatnya, dan dihari di mana sahabat karib lari meninggalkan sahabatnya, kita bukhari akan tetap KENTAL di sana, dan aku berharap kita akan diterima oleh Allah sebagai dua orang yang bertemu dan berpisah hanya keranaNYA… inshaAllah amin…

Dan seperti biasa kepada pembaca aku akan meninggalkan kalian dengan ucapan cliché ku yang biasanya akan dilupakan dalam kehidupan ku, love and appreciate those who around you, because you don’t know how much you love them, and how much you need them till the time you will lost them forever…

Alfatihah kepada bukhari… moga Allah ampunkan dosanya dan letakkan beliau ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh, inshaAllah..


http://www.youtube.com/watch?v=wMFKxgGaLIs&feature=related

Saturday, December 18, 2010

Ukhuwah@Friendship@Persahabatan...

السلام عليكم ورحمة الله و بركته

Reminder : This post contains many errors, especially gramatical errors.. Thus, all of you must help me to correct it, actually this is my new method to improve my English…

I dont know what is it, but just assume it as a letter. This letter should be read without any prejudices and do not have any relations to those who are alive and those who had die.

This letter is specially dedicated to those who put their beliefs in ukhuwah, those who have ukhuwah, those who love ukhuwah, those who want to know about ukhuwah, and those who want to refresh their ukhuwah.

This letter is alo dedicated to those who are in disputes with their friends, those who used to have disputes with their friends, and those who will be fated to have disputes with their friends in future.

This letter is also can be dedicated by anyone who wants to dedicate it, and it also can be dedicated to anyone who want this letter to be dedicated to them.

This so called letter is like this...

To those who are concerns...

Dear brothers and sisters

Re: Ukhuwah

I am sorry to interfere into your business or problems, in fact who am I to interfere about it? I am just the outsider or just and intruder who minds other business... I dont know all of you, and I even dont know anythings about your conflicts. What it is? How it is? and Where it is ? Absolutely I dont know anythings about it, yet I dont want to know anythings about it. I just know about this and want to make all of you know about it....

Whatever the problems it is, however the conflict it is, and whereever it is, for me the matter do not own any rights, do not earn any privileges, and do not have any leverages. What rights? Rights to hurt everyones heart, What priveleges? Privileges to defect your ukhuwah, What leverages? Leverages to destroy your relationships. And the most importants things it do not have any rights to hurt your hearts, to make you sad, and to make you cry. Who it is to do so, Come on have some pity on your hearts.. Please dont let it cry anymore...

Dont you have any pity for your heart? Dont you heart own any right to feel happy? do you enjoy make your heart cry? Please give some sympathy to your heart. it have done so many things for you, but why you always let it down... Are there any enjoyment to do so? if there is, then share with me, i want to do that so. “Who care? my hearts enjoy to do like that, who are you to say this and to say that to me”

If you say that, i would like to say this, dont be too selfish. Who am i? i just a person who had been teached ukhuwah is very significant bond, very holy bond, and great bond which own special places in the hearts of those who put their beliefs in ukhuwah and those who love ukhuwahs. Who teach me ? my experiences...

Dont you ever think about every ukhuwah believers and lovers in the world? dont you feel guilty towards them? dont you feel sorry for them? Just think about it for a while, do you think your problem own any rights to drop the ukhuwah to the lowest place? Ukhuwah must be place at it place which it at very special corner in our hearts.. Otherwise it will be zalim for those who not put it at it reasonable place.. Thus, please think for a moments, where is your ukhuwah right now, whereever it is pleaseput it at the rights place..

If you dont want to do it, it just fine, dont do it for yourself, for me, or for your friends, but please do it in the name of ukhuwah, please do it for every ukhuwah believers in the world, please do it to every single ukhuwah lovers in the world, and please do it for your suffering hearts.. At least try to do it, just remember what ukhuwah used to give you, I am very sure it used to give you happiness, then why dont you do somethings for it now, at least for sake of yourself...

Both of you i.e you and your friends who are in disputes are very childish, even the children do not act like you, Just because of that small things, just because of that matters you had ruined your ukhuwah... Actually your problem is neither a things nor matters... it was just your unconrolled emotions who lead it to become bigger than world war 2.. Thus dont be too emotional...

I am sorry again for interfere, but please listen to me for this time only... please... let me say this... please close you eyes for a moments and try to listen to your sufferinf hearts... please listen to it properly, listen to it first before you said I am crazy and that is nonsense.... Even i dont hear it and will never hear it, i am very sure the hearts will never stop from crying and saying please refresh the ukhuwah, please rebuild the ukhuwah, please strengthen the ukhuwah, please return back the ukhuwah, and please watering the ukhuwah with your love... please..please....please...

I wish every of us can listen to it eventhough i know we will never and ever able to listen to it. But, have some pity on your hearts, your hearts own th rights to feel happy and to be loved. I am writing this letter because dont want all of you repeat my mistakes. If you have be like me soon, it is too late. I used to have many person arounds me who loves and cares about me. But, i did not appreciate them and even do not notices them at all. And i just think about them at the moments i truely lost them, not at the moments actually, i only start to think about them after the long moments i lost them.

Please do not do this mistakes again. Always remember, haha bosan la lak cakap bi, jadi nak cakap bm la, to nura and mikail dont worry, i will translate it for you, just for you, if and only if you read la, if not just forget about it..

Sebaik-baik hidup adalah hidup yang paling kurang penyesalannya ataupun yang tiada penyesalan, dan seburuk-buruk hidup ialah hidup yang paling banyak penyesalan dan penuh dengan kekesalan. Jadi elakkan hidup dalam kekesalan. Aku telah hidup di dalamnya dan kekesalan itu telah menjadi bayang-bayang yang setia menemaniku ke mana sahaja. Namun aku sangat gembira dan bersyukur kerana ia telah menjadi guru yang baik bagiku dan telah mengajarku erti-erti kehidupan yang tidak mungkin aku pelajari dalam mana-mana buku.Alhamdulilah, Wallahualam...

You and your friend is just like you and your shadow, what tied it together is the ukhuwah. Thus, return the ukhuwah back. Ya allah sampaikanlah ukhuwah yang ada di dalam hati-hati kami ini kepadamu..

Your faithfully,

فقير الفقير.

This letter flying without wings into your hearts*

* Subject to your permission...

The end of the letter...

Cuti ini sama-samalah kita merapatkan yang jauh, menghubungkan yang terputus, mendekatkan lagi yang dekat, moga kita di hari itu nanti beroleh naunganNya dihari yang tiada guna lagi harta dan anak pinak dan hari yang tidak ada sebarang naungan lagi kecuali naunganNYa, moga-moga kita termasuk didalam golongan hamba-hamba Allah yang bertemu dan berpisah hanya keranaNya…

Maafkanlah dengan seikhlas hati kepada semua teman-teman yang pernah, sedang, atau yang akan melukan hati kita kerana sesungguhnya kita jua hakikatnya adalah seorang hamba yang hina lagi kerdil yang tidak lepas dari membuat kesilapan, lebih-lebih lagi menyakiti hati orang lain…

Kepada mereka yang pernah,sedang, atau yang akan terluka kerana ku, aku memohon maaf diatas semua kekhilafanku, dan mengertilah bahawa sesungguhnya dengan mengenali kalian dan berukhuwah dengan anda membuatkan hidup ku ini lebih bermakna…

Nobody perfect, everybody make a mistakes, and whoever who didn’t ever make a mistake is not a human…

Dinukil akan ia oleh penukil yang tidak dinukil akan dia oleh para penukil sebagai penukil….

Salam ukhuwah…

Sunday, December 12, 2010

Sesuatu yang diharapkan dapat memberi manfaat, walaupun diberikan oleh seorang yang tidak berguna ....

Sesuatu yang diharapkan dapat memberi manfaat, walaupun diberikan oleh seorang yang tidak berguna ....

Adakah anda semua percaya tentang kekuasaan Allah? Sejauh manakah anda mempercayai kekuasaan Allah? Adakah anda percaya Allah berkuasa untuk melakukan segala yang dikehendakiNya pada bila-bila masa dan ketika tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun dan apa jua kerana Dialah Allah alwahidul qahar. Sudah tentu jawapannya ya anda percaya, namun apakah kesan kepercayaan ini didalam kehidupan seharian kita? atau sejauh manakah pembuktian kepercayaan ini melalui amalan kita setiap hari.

Jika kepercayan ini membuatkan anda menjadi seorang yang gerun dan takut kepada Allah, maka alhamdulilah, beruntunglah anda.. tetapi jika sebaliknya yang berlaku bagaimana? Rata-rata kita disini merupakan seorang yang inshaallah cukup bilangan solatnya, alhamdulilah. Ini bermakna sekurang-kurangnya lima kali sehari kita menghadapkan diri kita yang hina dan sangat kedil ini di hadapan Allah Yang Maha Besar dan Sempurna. Sembahyang ini kita lakukan kerana kita percaya tentang kekuasaan Allah sehinggakan kita berulang kali mengatakan dan ikrar kita kepada Allah untuk hidup dan mati hanya keranaNya. Namun begitu, sebenar dan sejujur manakah janji dan ikrar ini dalam kehidupan seharian kita? Adakah kita melakukan segala kerja buat kita hanya kerana Allah, adakah setiap denyutan nadi, helaan nafas, dan lintasan hati kita semuanya kerana Allah? Apakah dengan ikrar dan janji itu membuatkan kita berasa lazat dan cinta untuk melakukan ibadah ? berasa tawar dan sakit untuk melakukan dosa-dosa dan maksiat? tanyalah diri anda.

Atau mungkinkah janji dan ikrar itu tidak memberi sebarang kesan kepada kita, hanya sekadar retorik atau kata-kata adat semata-mata? Jika ini yang berlaku, celakalah kita kerana kemungkinan besar solat kita itu tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah, kerana diantara tanda solat yang diterima itu adalah ia dapat menjadi penghalang kepada kita daripa membuat perkara yang keji dan mungkar.

Alhamdulilah, Allah telah menciptakan kita sebagai seorang manusia, mengapakah Allah menciptakan kita sebagai manusia? pernahkah kita memohon kepada Allah untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia? Atau berapa banyakkah yang kita bayar kepada Allah untuk menjadikan kita manusia? Jika Allah mengkehendaki untuk menjadikan kita makhluk selain manusia, bolehkah? Sudah tentu boleh, misalnya allah mentakdirkan kita menjadi syaitan dan bukannya manusia, bolehkah kita melawan takdir itu? Tidak boleh bukan, jadi inilah nikmat yang dikurniakan oleh Allah tidak lain dan tidak bukan kerana kasih sayang dan rahmatnya.

Bayangkanlah jika Allah menciptakan kita sebagai seekor syaitan, bagaimanakah kehidupan kita? sudah tentu kita merasakan untuk tidak hidup itu adalah lebih baik daripada hidup. Syaitan itu ingkar kepada allah kerana dia adalah seburuk-buruk makhluk, tetapi kita ingkar kepada allah sedangkan kita adalah sebaik-baik kejadian, siapakah yang lemah teruk dan zallim di sini, kita ataupun syaitan? Tidak cukup dengan itu, Allah berikan nikmat yang paling besar kepada kita iaitu nikmat Islam, Allah juga telah mengutuskan sebaik-baik makhluk untuk menjadi rasul kita, dan allah juga telah menjadikan kita sebagai manusia yang sempurna, dan mengurniakan pelbagai nikmat yang mustahil untuk kita menghitungnya meskipun kita berusaha untuk menghitungnya. Tetapi apakah balasan kita untuk semua nikmat ini, adakah kita telah meletakkan Allah di tempat yang paling Agung dalam kehidupan kita, adakah Allah yang kita paling cintai dan kasihi di dalam kehidupan ini? Renungkanlah.

Fikirkanlah, jika Allah menjadikan kita sebagai seorang yang kafir atau seorang yang cacat? bagaimanakah agaknya kehidupan kita, bayangkanlah. Terdahulu kita membincangkan kekuasaan Allah dan kita yakin bahawa Allah maha berkuasa untuk menjadikan segala sesuatu mengikut kehendaknya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan apa pun jua. Jadi persoalannya kini, pernahkah kita melakukan dosa dalam kehidupan kita? banyakkah dosa yang kita lakukan? kita percaya bahawa Allah maha berkuasa, kini bayangkan ketika anda berbuat dosa itu, adakah Allah berkuasa untuk melakukan apa pun yang dikehendaki olehnya disaat anda melakukan dosa itu? ataupun ketika anda melakukan dosa Allah tidak mampu untuk berbuat apa pun kepada anda? ataupun Allah tidak melihat apa yang anda kerjakan?

Sudah tentu, Allah maha berkuasa bukan, ini bermakna jika Allah hendak mencabut nyawa kita ketika kita sedang melakukan dosa, bolehkah Dia berbuat demikian? atau Allah tidak mampu untuk mencabut nyawa kita pada ketika itu? Maka, disini kita lihat bahawa Allah berkuasa untuk mematikan kita pada ketika kita melakukan dosa itu juga.

Tetapi mengapakah Allah tidak mematikan kita pada ketika itu, sedangkan dia maha berkuasa untuk melakukan perkara itu, berapa kalikah anda melakukan dosa dalam kehidupan? paling kurang pun sekali kan? mengapakah Allah masih bagi peluang kepada kita? adakah kerana kita baik? adakah kerna kita ini berkuasa? atau adakah kerana kita seorang pelajar usim? Jika anda hanya pernah melakukan dosa sekali bermakna allah telah memberi sekali peluang kepada anda untuk bertaubat, tetapi jika berulang kali kita

melakukan dosa, ini bermakna allah telah memberikan lebih banyak peluang kepada kita, lebih banyak dosa kita lebih banyak peluang yang allah bagi untuk kita kerana kita masih hidup sehingga ke saat ini. Namun, persoalannya disini kenapa Allah memberikan peluang kepada kita? Pada hemat saya ialah kerana Allah itu Arrahman dan Arrahim, dia begitu mencintai dan menyayangi kita, dia tidak mahu kita diazab dan masuk ke neraka tetapi Allah hendak kita masuk ke syurga yang dia telah ciptakan khas buat kita. Malangnya kita yang sering kali menzalimi diri kita dengan terus mengsia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah. Sama-samalah kita mengambil peluang ini kerana kita taidak tahu berpa banyak lagi masa yang kita ada.

Kini, bayangkan ada seorang individu ini mengatakan kepada anda dia begitu menyintai anda dan sanggup melakukan segalanya untuk anda, malah menurutnya kehidupan dan kematian dia hanyalah diabadikan untuk menyintai dan menyayangi anda. Namun, pada hakikatnya anda mengetahui bahawa semuanya adalah palsu belaka, tetapi dia tetap berkali-kali mengatakan perkara yang sama meskipun dia tahu bahawa anda benar-benar mengetahui sebenarnya dia hanya berbohong. Didalam masa yang sama, anda juga mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk melakukan apa sahaja kepada individu tersebut, apakah yang anda lakukan? Sudah tentu perkara yang “baik-baik” sahaja bukan.

Tetapi Allah tetap mengasihi kita dan memberi peluang kepada kita, dia masih memberi nikmatnya kepada kita, malah melipat gandakan nikmatnya kepada kita. Buktinya, apakah setelah kita melakukan dosa, kita menjadi seorang yang cacat, misalnya apabila kita bercakap perkara yang haram, adakah kita menjadi bisu selepas itu? tidak bukan, jika allah hendak menjadikan kita bisu sudah tentu dia mampu untuk melakukannya. Lebih dari itu,allah juga berjanji untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita meskipun dosa itu setinggi langit dan seberat bumi, malahan dia juga berjanji untuk menyambut hambanya yang ingin pulang kepadanya dengan sambutan yang lebih baik dari kedatangan hambanya itu, jikaulau hamba itu berjalan menuju Allah, Allah akan berlari untuk mendapatkannya, Jadi,masih ada sebabkah untuk kita yang berdosa ini untuk tidak menujuNya sedangkan dia setia menanti kehadiran kita?

Adakah kita seorang penagih dadah, tidak bukan, sebagai manusia normal kita akan berasa kita adalah lebih baik daripada penagih dadah itu bukan. Jika ditakdirkan pada satu hari, kita menyelusuri satu lorong diantara lorong-lorong, tiba-tiba seorang penagih dadah yang lengkap dengan pelbagai penyakit dan sempurna dengan berbagai-bagai virus ingin menghampiri kita, apakah kita akan berlari untuk mendampinginya? atau adakah kita akan berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripadanya.. Sebagai manusia normal sudah tentu kita akan menjauhkan diri bukan.

Itulah sikap kita sebagai manusia, tetapi allah tidak begitu, jika kita menghampirinya dengan pelbagai dosa dan sifat-sifat mazmumah yang jika dapat dilihat hakikatnya lebih teruk dari misal penagih dadah yang lengkap dengan pelbagai penyakit, Allah sesekali tidak akan menjauhi kita, bahkan dia akan lebih mendekati kita. Inilah tawaran yang dijanjikan oleh allah, marilah kita menyambut tawaran ini lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini.

Sesungguhnya kini,umur kita tidak berbaki walau sedetik pun secara pasti, walau bagaimanapun keadaan hari-hari yang telah berlalu di dalam hidup kita ,samaada baik ataupun kurang baik, kita masih lagi dikurniakan dengan kehidupan yang mana mungkin kita menghargainya dengan sebenar-benarnya melainkan sesudah kita kehilangannya. . Alhamdulilah, marilah kita manfaatkannya sebaik mungkin, perkara paling penting dalam hidup kita adalah cinta ilahi. Jika kita berjaya mendapatnya, tiadalah kebahagian yang lebih bahagia lagi selepas itu, namun jika tidak, maka tiadalah kadar kekecewaan yang dapat menggambarkan kesedihan kita. Meskipun begitu, sebelum kita hendak mencari cinta hakiki ini, sayogialah bagi kita bersihkan diri daripada segala dosa samaada dengan allah ataupun sesama makhluk, ini kerana dikhuatiri kita hanya akan bertepuk sebelah tangan. Kita yang beriya-iya hendakkan cintaNya,namun kita lupa hati kita yang kotor lagi gelap ini tiada tempat untuk cintaNya yang terlalu mulia untuk kita dan kita terlalu hina untuk dia, maka sayogianya, kita sucikanlah diri dahulu.

Cinta Allah ini tidak bertepi dan rahmatnya sangat luas, mungkin ada dikalangan kita yang dikelilingi oleh orang-orang soleh, bia’h yang solehah, dan pewaris-pewaris nabi, namun kita masih tidak dapat merasakan getaran cinta itu didalam hati kita. Hal ini tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada bekas kita yang rosak iaitu hati kita. Hati ini umpama magnet yang mampu menarik sifat-sifat mahmudah sekiranya ia masih berkeadaan seperti fitrah. Namun begitu, apabila ia telah dicemari , tiadalah gunanya lagi jikalau tidak dirawat. Seperti pepatah melayu bagai mencurah air di daun keladi. Cinta, rahmat, dan kasih syang Allah umapama hujan lebat yang menemani hari-hari kita. . Namun begitu, jika tidak mempunyai bekas yang baik ataupun kita tidak mempunyai sebarang bekas untuk menadah, menyimpan, dan mengambil manfaat dari hujan ini, ia tidak akan memberi sebarang faedah kepada kita. Kita hanya akan sekadar basah lencun sahaja, namun tidak mendapat apa-apa. Sebab itulah, apabila habisnya hujan ini, kita hanya seperti dulu ataupun lebih teruk lagi, Hal ini berpunca dari bekas iaitu hati kita yang rosak, sakit, ataupun sudah mati sehinggakan tidak dapat menjalankan fungsi untuk menyerap hidayah, nur, dan rahmat allah. Di bulan ramadhan yang lalu juga, kita dapat mengenal diri sendiri, jika dibulan lainnya apabila kita melakukan kesalahan, kita akan memberi “kredit” kepada makhluk yang bertanduk itu kerana disebabkan dialah kita katakan menjadi punca mengapa kita berbuat dosa, tetapi dibulan ini siapa pula yang hendak kita salahkan?

Jika kita masih melakukan kesalahan, belajarlah untuk menerima hakikat bahawa kita adalah seorang hamba yang sangat hina dan lemah yang tidak mampu untuk melindungi diri sendiri dari kejahatan kita sendiri. Dan yang lebih teruk lagi, puasa kita hanyalah sekadar lapar dan dahaga. Janganlah pula kita berasa bangga kerana kita mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan syaitan lagi untuk membuat dosa dan kesalahan. Seterusnya, berusahalah untuk memperbaiki kerosakan itu, tidak perlulah kita hendak merenung jauh dan berfikir di luar kotak untuk mencari dimana silap dan rosaknnya, kerana yang bermasal ah itu tidak lain dan tidak bukan adalah hati kita sendiri. Rasululah alaihi solatu wassalam pernah menyebut bahawa jika hati itu baik, baiklah segalanya, jika hati itu rosak, rosaklah segalanya. Jadi disini, kita dapat melihat yang rosak itu adalah hati kita.

Didalam hidup ini, ada ketikanya kita akan merasakan sesuatu tidak kena pada diri kita tetapi kita tidak mengetahui apakah ia, like we know there is something wrong with us but we dont know what it is. Sehinggakan kadang-kadang kita merasa sempit walhal kita lapang, merasakan kita sakit tetapi sihat, berasa sedih walaupun sedang bergembira. Contohnya ketika kita gembira kita tidak berasa kita gembira sepenuhnya, macam ade je yang kurang, macam 99.99%, dan bila melakukan sesuatu itu ada sahaja perasaan apa yang kita lakukan itu tidak lengkap. Jika ini berlaku, bermakna threre is something wrong in our relationship with allah kerana fitrah manusia itu perlukan Allah untuk menyempurnakan hidupnya.

Jadi ditengah kekusutan dan penderitaan yang ditanggung oleh hati ini, apa yang patut kita lakukan. Diantara cara yang senang untuk diamalkan ialah berusahalah untuk mengambil wudhu’ dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar allah membantu kita untuk kembali padanya. Kemudian carilah tempat yang tenang untuk bersendirian, lalu beristighfarlah secukup rasa dengan sepenuh hati sambil mengenangkan dosa-dosa yang kita lakukan serta menginsafi kelemahan dan kehinaan diri, hadirkanlah di dalam hati yang kita ini lebih lemah dari orang yang lemah dan lebih hina dari orang yang hina sambil bersungguh-sungguh beristighfar kerana diantara penyebab kepada hati yang tidak tenteram ialah kerana dosa-dosa yang menyebabkan hati diselaputi kegelapan sehingga tidak mampu lagi untuk memancarkan sinaran keimanan yang tenang dan damai. Inshaalah, tanpa disedari air mata anda akan mengalir sebelum sampai istighfar anda seribu kali ataupun kurang, ini bergantung kepada sebanyak mana dosa kita dan sejauh mana kita dengan allah, Jikalau sudah seribu kali pun tidak merasakan apa-apa kesan teruskanlah istighfar tanpa jemu kerana apalah sangat dan berapalah sangat bilangan istighfar kita tu jika nak dibandingkan dengan kalam-kalam lara dan sia-sia yang keluar dari mulut kita, sudah tentu lebih jauh dari jarak langit dan bumi. Kemudian berzikirlah memgingati allah kerana sesungguhnya dengan mengingati allah itu hati kan tenang.

Inshaallah, perasaan resah gelisah, gundah gulana, keluh kesah yang berasarang di hati disebabkan oleh dosa-dosa akan beransur hilang. Mungkin juga, didalam usaha untuk melakukan perkara ini anda akan berasa sangat lemah dan berat seolah-olah anda membuat pekerjaan fizikal yang sangat berat, dan anda berasakan anda tidak mampu lagi untuk meneruskan langkah anda. jangan risau dan jangan khuatir kerana itu adalah tanda ubat istighfar dan zikir anda itu mula bertindak balas terhadap penyakit- penyakit didalam hati anda. Teruskanlah beristighfar dan berzikir sambil memohon pertolongan Allah kerana tiada daya dan upaya untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran melainkan dengan bantuan dan inayah daripada Allah Azza Wajalla. Memanglah dengan berzikir dan beristighfar semata-mata tidak kan menyelesaikan masalah, contohnya dengan berzikir dan beristighfar tidak akan membuatkan assignment kita yang banyak yang dibuat dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya pada last minute itu terus siap, tetapi bukankah pemikiran dan hati yang tenang memberikan impak yang besar dan positif kepada pekerjaan yang kita hendak kerjakan itu. Jadi yakinlah dengan janji allah, Dia menjanjikan ketenangan jika kita ingat kepadanya.

Sebaiknya amalan ini diteruskan secara istiqamah samaada waktu susah atau senang lapang ataupun sempit kerana sesungguhnya cinta yang agung dan sejati itu tidak bermusim. Bukankah semenjak dari alam roh lagi lagi kita telah berjanji kepada allah untuk mencintaiNya sepenuh jiwa dan raga.Kini, ketika allah telah memberi nikmat kepada kita untuk mengenal alam syahadah ini dan telah menempatkan roh kita didalam jasad lahiriah yang sebaik-baik kejadian ini apakah patut kita melupakan janji kita untuk mencintai Dia yang sentiasa mencintai kita. Sesungguhnya kebahagian hidup yang hakiki itu akan hanya akan dicapai bilamana kita telah menjadi hamba allah yang sebenar-benarnya dan meletakkan allah ditempat yang paling tinggi dalam kehidupan kita. Ini hanya dapat dicapai jika islam,iman,dan ihsan telah kita hayati dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Ya allah, kami makhluk mu yang sangat hina ya allah, kami hendak kembali kepada mu ya allah, tetapi kami sangat-sangat lemah ya allah, kami ingin mencintaiMu ya allah tetapi tidak berdaya ya allah, ya allah, kami juga ingin mencintai dan mengikuti kekasihmu muhammad sollallahhualaihiwassalam tetapi tidak mampu ya allah,wahai tuhan yang maha mengasihani, rahmatilah kami dan bantulah kami untuk kembali padamu ya allah ya rahman ya rahim, permudahkanlah jalan untuk kami menujumu ya allah, engkau bantulah kami untuk mengawal hati-hati kami ya allah tuhan yang menciptakan hati, kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat, allahuma a’inna ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik, allahhuma faqqihna fiddin wa allimna ta’wil. amin,sekian, wassalam.

إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

Wednesday, January 13, 2010

Ape lah nak jadi kat Malaysia ni....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.....

Ape yang aku nak luahkan ni datang daripada perasaan aku sendiri dan aku sedia menerima ape saje respon pembaca sekalian.....Malaysia sekarang ni sangat kecoh dengan isu penggunaan kalimah ALLAH yang pada aku bakal mengundang bencana kepada keutuhan perpaduan yang selama ni dikecapi rakyat Malaysia.....aku nak cakap ni, sebenarnye ada puak2 kafir kat Malaysia ni cube nak jatuhkan orang Melayu Islam kat Malaysia ni....target utama diorang pemimpin2 Melayu Islam Malaysia la...tengok la kita ada Dato' Seri Najib, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nik Aziz dan ramai lagi....diorang ni dok asyik berbalah sesama sendiri....tengok jer la dalam tv atau akhbar, tak abis2 berbalah jer...sebabnye ape, perbezaan ideologi dalam politik...tak sedar ke, yang diorang berbalah tu sesama bangsa sendiri, bangsa Melayu, bangsa yang sekian lama bertapak kat tanah air tercinta ni....sebenarnya, puak2 bukan Melayu ni seronok dan senyum sentiasa melihat sandiwara-sandiwara dan sengketa di kalangan orang Melayu Malaysia ni....bagi mereka, inilah masenye untuk 'pijak dan porak-perandakan orang Melayu'...jadi, tak semena-mena mereka (orang kafir) bawa isu kalimah ALLAH ke mahkamah..secara tersiratnye bagi aku ini semua rancangan puak-puak kafir yang nak menjahanamkan orang Melayu beragama Islam kat Malaysia ni...tapi orang-orang Melayu ni tak sedar...naik jer isu ni, terus jer tuding jari Melayu sama Melayu,...sama jer la, PAS ke, UMNO ke, PKR ke, semuanye nak berbalah...orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang tu....hmmm, malas nak sebut siapa, tahu-tahu sendiri jer la...dah la semua kepala dalam parti tu orang Melayu beragama Islam, itu pun tak sedar-sedar..waktu ni pulak la nak tunjuk UMNO hebat, PAS hebat, PKR lagi hebat!!!...dok berbalah tak habis-habis...bukan nak duduk berbincang cara baik....hmmm. tak tahu lah apa nak jadi...lagi seronok puak-puak kafir tu...

Aku sebenarnye melihat macam ni, isu yang berlaku ni bagi aku adalah ujian ALLAH...mungkin hikmahnye ALLAH nak tengok penyatuan dalam umat Islam itu sendiri, terutama kat Malaysia ni....biarlah berbeza ideologi politik, tapi dalam soal ni, aku berharap sangat baik UMNO, PAS, PKR yang mana semua parti ni ditunjangi orang Melayu dapatlah bermusyawarah secara aman tanpa sebarang kepura-puraan, demi umat Islam dan orang Melayu di Malaysia...janganlah tanah milik kita ini dirampas daripada genggaman kita.....tengoklah kat Palestin, majoriti umat Islam dunia mendoakan agar mereka memperoleh keamanan dan jauh daripada cengkaman Israel dan Amerika, tapi Hamas dan Fatah tetap saling berbalah, gara-gara perbezaan ideologi politik...akhirnye yang terus yang menderita dan terseksa ialah rakyat Palestin sendiri...kita tidak mahu perkara sedemikian terjadi di Malaysia...Aku mengajak semua, sama-samalah berdoa, mudah-mudahan ALLAH terus memberi syafaat dan kerahmatan buat umat Islam Malaysia dan tidak lupa juga umat Islam serata dunia....Bukakanlah pintu hati para pemimpin Islam di Malaysia untuk bersatu demi agama, bangsa dan tanah air tercinta....

Aku bukanlah Perdana Menteri atau Menteri yang ada kuasa. Aku bukanlah pemidato yang ternama. Aku hanyalah insan biasa yang hanya menanti masa menghadap Yang Maha Esa... Mungkin kata-kata aku ni tidak dihiraukan sesiapa. Mungkin ada yang berkata aku hanya berdusta, tetapi tidak mengapa...bukan niat aku untuk berjenaka, tetapi hanya ingin berkongsi cerita, kisah tanah air tercinta yang semakin diancam bahaya, dek muslihat musuh durjana.....sama-samalah kita renungkan demi kemaslahatan bersama...


Nukilan Oleh: MOHAMMAD AZRI NAIM BIN MOHD KAMAL...

Thursday, December 10, 2009

JOHAN DEBAT DIRAJA 2009!!!





Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca budiman sekalian...huhu...lame jugak aku tak post kat blog aku ni...hmm, sibuk dengan Kejohanan Debat Diraja IPT Malaysia kat Universiti Malaya tempoh hari...letih jugak, tapi setelah dinobatkan sebagai JOHAN dalam Kategori Muda menghilangkan terus keletihan mengharungi perdebatan yang panjang di sana....ALHAMDULILLAH, aku bersyukur dengan kejayaan ini dan turut berkongsi kegembiraan bersama ahli pasukanku yang lain, Ammar, Ijat dan Anis....Terima kasih kepada korang semua yang komited dan menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang kejohanan....Aku minta maaf atas kesalahan yang aku lakukan dan minta maaf jugak atas persembahan aku yang nampak hambar di mana-mana dewan persidangan....

Sekalung penghargaan jugak buat Abg Ikhwan, Kak Mai, Abg Lah, Kak Mija, Abg Qaiyum Musa, Abg Qayyum Jumidey, Abg Izuan, Kak Zati dan Irham yang memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada kami...

Buat senior lain, Abg Hariri, Abg Zaini dan yang lain-lain, terima kasih banyak2 atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan....

Buat coach kami, Abg Acoi, terima kasih kerana tidak lokek ilmu yang ada untuk memantapkan lagi pasukan kami dan juga team debat USIM.....

Berikut sedikit laporan Debat Diraja IPT Malaysia 2009, khususnya yang melibatkan perjalanan pasukan aku, pasukan USIM Muda 1 kategori Bahasa Melayu yang dapat disediakan buat tatapan pembaca:

Kontinjen Pasukan Debat USIM menutup tirai kejohanan debat 2009 dengan kenangan manis. Johan bagi Kategori Muda B.Melayu serta Johan Kategori Utama B.Arab merupakan pencapaian paling gemilang USIM di pentas debat setelah 10 Tahun ia ditubuhkan. Ini adalah'hadiah' untuk USIM sempena meraikan Majlis 10 Tahun penubuhannya serta untuk Naib Canselor USIM yang baru dilantik, Prof Dato' Muhammad Muda.


Pendahuluan:-

Pertandingan Debat Diraja IPT merupakan satu kejohanan yang paling berprestij dan ditunggu-tunggu para pendebat IPT Malaysia setiap tahun. Terdapat 3 kategori bahasa yang dipertandingkan, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Setiap universiti dibenarkan menghantar maksimum 4 pasukan yang dibahagikan pula kepada 2 pasukan senior dan 2 pasukan junior. Meskipun begitu, masih terdapat beberapa syarat yang digariskan oleh Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Kali ini, pasukan debat Bahasa Melayu meletakkan 3 pasukan sebagai percaturan oleh jurulatih USIM, En. Syamsul Amri bin Ismail. Kali ini, jumlah keseluruhan kumpulan debat Bahasa Melayu yang mengambil bahagian ialah 78 pasukan.
Pertandingan Debat Diraja 2009 berjalan selama 6 hari di Universiti Malaya.


Laporan:-

3 Disember 2009 (Khamis):-

Merupakan hari pertama dan hari pendaftaran peserta dari seluruh Malaysia. Pembahagian bilik-bilik peserta dilakukan di Kolej Kediaman 3, Universiti Malaya. Kemudian diteruskan dengan taklimat khas dari ketua juri dan ketua unit teknikal pertandingan Debat Diraja IPT 2009. Setelah selesai, perbincangan dilakukan yang diketuai oleh Saudari Ummu Humaira bt Azahari. Perbincangan dimulakan dengan Al-fatihah. Alternatif yang diambil oleh beliau ialah, setiap kumpulan perlu membuat konsep dan mencari fakta bagi setiap kategori tajuk iaitu sosial, politik dan ekonomi. Kemudian, setiap kumpulan perlu membentangkannya kepada kumpulan yang lain. Seterunya ditangguh dengan tasbih kafarah dan surah Al-'asr.


4 Disember 2009 (Jumaat):-

Hari kedua pertandingan. Keadaan menjadi tegang apabila kebanyakan peserta mengalami sakit perut yang dipercayai berpunca daripada nasi lemak yang disediakan semasa sarapan. Namun, pertandingan diteruskan juga dengan pengumuman usul serta pasangan pasukan yang akan bertanding.

Kumpulan USIM Muda 1 lwn USIM Senior 1. Usulnya ialah : 1Malaysia Simbol Politik. USIM Muda 1 bertidak sebagai pembangkang. Perdebatan sengit dan rezeki berpihak kepada USIM Senior 1 dan pendebat terbaik disandang oleh Ummu Humaira daripada pasukan USIM Senior 1 @ USIM Utama 1

Persidangan kedua pula melibatkan USIM Muda 1 lwn UPSI Muda 2. Usulnya ialah : Penjagaan Kesihatan di Malaysia Memuaskan. Usim Muda 1 bertindak sebagai sebagai pembangkang. Kemenangan berpihak kepada USIM muda 1 dan pendebat terbaik disandang oleh saudara ‘Ammar Sahrim (USIM muda 1).

Persidangan ketiga pula menemukan pasukan USIM Muda 1 dan UKM Muda 2. Usulnya ialah : Hitam Itu Menawan. USIM Muda 1 bertindak sebagai kerajaan dan persidangan ini juga mula menjadi kontroversi apabila pasukan USIM Muda 1 membawakan pelambangan 'Hitam' itu sebagai Kereta Mercedez Benz. Kami meletakkan Mercedez Benz sebagai perlambangan kepada 'Hitam' bersandarkan kepada takrtifan 'Hitam' yang disifatkan oleh seorang motivator terkenal tanah air sebagai 'Elegant' dan 'Keunggulan'..Justeru, bersandarkan kepada sifat yang ditonjolkan atas karakter 'Hitam', maka kami sepakat meletakkan Mercedez Benz sebagai isu yang perlu diperdebatkan dalam dewan... Mudah je kan?..hehehe...Persidangan ini juga menjadi buah mulut orang lain terutamanya para pendebat Bahasa Melayu daripada IPT yang lain dan sekaligus memberikan kami jolokan sebagai 'kumpulan mercedez'...hahaha... Meskipun begitu, rezeki berpihak kepada pihak lawan dan pendebat terbaik juga disandang daripada pihak lawan.

Kesimpulannya, kumpulan USIM Muda 1 sekadar memenangi 1 persidangan pada hari pertama perdebatan, sekaligus memberi tekanan kepada kami yang disandarkan harapan untuk mara lebih jauh dalam Kategori Muda. Baki 3 perlawanan keesokan hari perlu diharungi dengan kemenangan bagi memudahkan laluan ke suku akhir..Pada malamnya, perbincangan diteruskan dan pencarian maklumat serta fakta dipergiat oleh setiap peserta. Majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-'asr.



5 Disember 2009 (Sabtu):-

Hari kedua pertandingan digalas bersama azam baru untuk memperbaiki kedudukan Pasukan USIM Muda 1. Persidangan keempat dimulakan dengan mempertemukan pasukan USIM Muda 1 dan UPSI Muda 1. Usulnya ialah : Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan. USIM Muda 1 bertindak sebagai pembangkang dan Alhamdulillah usul ditolak dewan dan pendebat terbaik disandang oleh sdr. Azri Naim (USIM Muda 1).

Persidangan kelima, USIM Muda 1 lwn UMT Muda 1. Usulnya : Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi. USIM Muda 1 bertindak sebagai kerajaan dan sekali lagi berjaya menambat hati juri meskipun pendebat terbaik menjadi pilihan dari pihak lawan.

Persidangan keenam, USIM Muda 1 lwn UPM Muda 2. Usulnya : Hadiah Nobel Keamanan Dipolitikkan. USIM Muda 1 bertindak sebagai pembangkang. Perdebatan ini agak sengit. Namun, perezaan margin adalah 5. USIM Muda 1 telah berjaya memikat hati juri, seterusnya melayakkan diri ke suku akhir.

Pada malamnya, persiapan dilakukan dengan lebih lagi kerana kumpulan USIM Muda 1 telah pun menjadi ayam tambatan dan harapan USIM tatkala pasukan debat USIM yang lain tidak dapat mara ke suku akhir. Setiap invidu memainkan peranan yang sangat penting dalam merangka konsep dan mencari fakta. Ape yang membuatkan kami terharu, malam itu pasukan debat USIM lain yang tidak layak ke suku akhir bertungkus-lumus menolong kami dalam menyediakan fakta dan membina konsep, seolah-olah mereka yang akan berentap di suku akhir. Syukran kepada team USIM Utama 1 dan team USIM Utama 2..Tambah menceriakan keadaan apabila malam itu Abg Hariri turut ringan tulang bersama-sama kami dalam membantu serba sedikit pembinaan konsep dan flow hujah.



6 Disember 2009 (Ahad):-

Jarang sekali perasaan sebegini menyelubungi diri, mane taknye sebab layak ke Suku Akhir buat pertama kali...waktu ni, hati sering terdetik, boleh ke pergi Final ni...hmm, apepun Suku Akhir perlu ditempuh dahulu...maka pada peringkat Suku Akhir, pasukan USIM Muda 1 telah dipertemukan dengan pasukan UPM Muda 1. Dengan usul, Afdlin Shauki: P Ramlee Generasi Baru, pasukan kami telah bertindak sebagai Pembangkang. ALHAMDULILLAH, dengan juri 4-1, kami diisyhtihar layak untuk meneruskan kemaraan ke peringkat Separuh Akhir...

Lawan kami di peringkat Separuh Akhir ialah pasukan USM Muda 1..Usul yang terpilih untuk dibahaskan ialah F1 1 Malaysia Satu Pembaziran...hmm, bertindak selaku kerajaan, kami perlu pastikan agar dewan memahami konsep kami...ALHAMDULILLAH, dewan bergema dengan laungan ALLAHUAKBAR!!,, setelah hakim mengumumkan bahawa USIM Muda 1 berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir...

Terasa tekanan yang agak tinggi jugak la, kerana pertandingan Peringkat Akhir dijalankan pada hari yang sama...kami hanya diberikan tempoh kira-kira sejam untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan akhir....selalunya persediaan untuk Final diberikan untuk tempoh sehari, tetapi pihak penganjur telah memutuskan untuk dijalankan perlawanan akhir pada hari yang sama, jadi kami akur je la..huhu..Di sini, penghargaan ditujukan khas buat semua anggota pendebat Bahasa Melayu USIM untuk kejohanan ini yang bertungkus-lumus membantu kami, termasuklah Abg Acoi yang memberikan kami hala tuju konsep untuk usul Final nanti...thanks jugak for Abg Acoi kerana sudi hadir menyaksikan Final. Final mempertemukan kami dengan pasukan UTP Muda 1, dan membahaskan usul Isu Pemanasan Global: Dunia Sudah Terlambat...kami diundi untuk berada di posisi Pembangkang...maka perlawanan berlangsung dengan masing-masing memainkan peranan di posisi yg ditetapkan...ALHAMDULILLAH, akhirnya pasukan USIM Muda 1 telah mengakhiri penantian sekian lama pasukan debat USIM untuk menggondol kejuaraan di pentas Debat Diraja setelah diumumkan sebagai JOHAN...