BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 9, 2011

Ketuanan Melayu

video



KETUANAN MELAYU

Fahami dengan hakikat, disitu letaknya makrifat…

Assalamualaikum,

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ketuanan melayu ni wahai saudara-saudaraku? Penulis cuba menjejaki asal-usul konsep ini didalam perlembagaan ataupun mana-mana bylaws namun menemui jalan buntu. Jadi, tidak salah jika saya nyatakan di sini tiada erti yang konkrit bagi istilah ketuanan melayu. Oleh yang demikian, sudah tentulah terdapat pelbagai pendapat mengenai ketuanan melayu ini. Sedangkan dalil-dalil Al-quran dan As-sunah yang subutnya qat’i namun dilalahnya dzhonni pun menjadi medan percambahan pemikiran dikalangan ulama’, apatah lagi mengenai istilah-istilah yang datangnya dari kalam insani ini.

Namun, bukanlah niat penulis untuk membahaskan mengenai perbezaan-perbezaan pendapat mengenai istilah ini… Tetapi menulis lebih ingin membincangkan bagaimanakah reaksi kita dalam menghadapi isu ini. Seperti yang telah disebutkan terdahulu, ketuanan melayu ini tidak mempunyai sebarang definisi yang konkrit, jadi aplikasi konsep ketuanan melayu ini pastilah akan berbeza menurut individu. Jadi penulis disini ingin mengajak para pembaca untuk memahami dengan hakikat kerana disitulah letaknya makrifat tentang ketuanan melayu ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan fahami dengan hakikat ini? Maksudnya disini ialah kita mengetahui dengan sebenar-benarnya akan hakikat sesuatu realiti kerana realiti yakni apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, itu tidak semestinya benar ataupun hakiki. Harus keatas kita untuk memperhalusi lagi realiti itu untuk mengetahui mengapa sesuatu itu berlaku , bagaimana ia boleh berlaku, dan ia melibatkan siapa kerana ini akan memberi kita gambaran yang lebih jelas lagi akan hakikat sesuatu sebelum kita membuat penilaian terhadap sesuatu isu. Makrifat pula disini bererti pengetahuan yang sebenar yang kita akan perolehi jika kita berjaya memahami sesuatu secara hakiki.

Jadi, disini penulis ingin mengajak para pembaca untuk menelusuri hakikat ketuanan malayu ini. Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan melayu bagi pihak-pihak yang berbeza pendapat? Mengapa ada yang menolak konsep ini dan ada yang memperjuangkan konsep ini? Agar kita dapat memahami gambaran sebenar tentang isu yang selalu diperdebatkan ini. Janganlah terus membenci sesiapa yang menolak ketuanan melayu dan mengatakan beliau sebagai pengkhianat bangsa dan tidak wajar juga saya rasakan bagi kita membangkang pihak yang memperjuangkan ketuanan melayu dan melabelnya sebagai seseorang yang bersifat rasis dan perkauman sebelum kita mengetahui hakikat ketuanan melayu menurut persepsi mereka. Oleh itu, penulis mengajak para pembaca untuk meluaskan horizon pemikiran dan berlapang dada dalam membahaskan isu ini.

Bagi mereka yang menolak ketuanan melayu penulis rasakan mereka berpendapat bahawa ketuanan melayu adalah satu fahaman yang mana kaum melayu ini menjadi tuan, dan yang lain itu menjadi hamba. Atau mungkin juga ketuanan melayu ini bermaksud semangat asabiyyah yang di tegah dalam islam yang mana dengan semangat asabiyyah ini sesuatu perkara itu ditentukan berdasarkan perkauman. Seperti contoh, jikalau seseorang dari sesuatu kaum mereka berbuat salah dan mereka mengetahuinya akan kebenarannya , mereka tetap akan mempertahankan individu tersebut kerana dia adalah dari kaum mereka. Dan terdapat pihak yang membangkang kerana ketuanan melayu ini adalah satu retorik semata-mata, hanya tertumpu kepada kroni-kroni mereka dari keturunan malayu sahaja. Misalannya, dalam hal-hal peluang pekerjaan ataupun tender-tender kontrak, mereka akan memberinya berdasarkan sifat kroniisme semata-mata bukan diatas merit keupayaan dan kebolehan seseorang individu itu.

Jika inilah hakikat ketuanan melayu bagi mereka, penulis menyokong mereka dalam hal ini dan menolak konsep ketuanan melayu di atas hakikat ini.

Namun yang demikian janganlah terus ditolak mentah-mentah mengenai pedapat yang memperjuangkan ketuanan melayu ini. Penulis merasakan harus ke atas kita memperhalusi lagi tentang hakikat istilah yang diperjuangkan oleh mereka itu. Apakah definisinya bagi mereka, dan mengapa mereka memperjuangkannya? Penulis berpendapat pihak yang memperjuangkan ketuanan melayu ini berfikiran ketuanan melayu bermaksud kaum melayu mempunyai sesuatu hak istimewa yang perlu dihormati oleh kaum-kaum lain disebabkan oleh sejarah penubuhan negara Malaysia ini sendiri. Jika ini pendapat mereka penulis bersetuju dengan mereka.

Tiap-tiap seorang dari kita perlu memahami bahawa sebelum kita menubuhkan negara ini kita mempunyai satu perjanjian yang dipanggil KONTRAK SOSIAL. Diantara kandungan kontrak ini ialah kaum melayu bersetuju memberikan taraf sebagai warganegara kepada kaum-kaum lain yang telah berhijrah ke tanah melayu yang sebelumnya hanya di didiami oleh orang melayu dan kaum-kaum pribumi sahaja. Sebagai timbal balik kepada pengorbanan besar orang melayu ini, kaum lain bersetuju untuk memberikan hak-hak istimewa kepada orang melayu sepertimana yang terdapat pada hari ini sepeti contoh raja-raja hendaklah terdiri dari orang melayu, bahasa rasmi ialah bahasa melayu, dan islam haruslah menjadi agama persekutuan ini.

Hak-hak istimewa ini pada dasarnya bukanlah sesuatu yang tidak adil pada hemat penulis kerana adakah salah untuk penduduk asal sebuah negara yang dominan untuk meneruskan kesinambungan bangsanya dengan mengekalkan raja-raja mereka sebagai pemimpin? Bahasa mereka sebagai bahasa pertuturan? Agama mereka sebagai agama yang paling tinggi? Hak-hak istimewa ini bukanlah satu bentuk penindasan terhadap kaum-kaum lain. Sebagai contoh tidak pernah bererti bilamana seseorang disabitkan dengan kesalahan syeksyen 302B kanun keseksaan kerana membunuh dengan niat dia tidak akan dijatuhkan hukuman gantung hanya kerana dia seorang melayu. Sejarah telah membuktikan hukuman yang sama akan dijatuhkan terhadap semua pesalah tanpa mengira kaum.

Malah dalam sesetengah perkara, kaum-kaum lain telah diberi keutamaan berbanding bangsa melayu. Seperti contoh di dalam Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau hanya memperuntukan 30% peratus ekuiti orang melayu di dalam sistem ekonomi negara, manakala 70% peratus lagi untuk kaum-kaum lain. Apakah ini tidak cukup lagi untuk membuktikan sikap toleransi orang melayu? Orang melayu juga tidak pernah membantah kewujudan sekolah pelbagai aliran di Malaysia, malah sekolah-sekolah aliran ini dibenarkan untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar meskipun perkara 152 perlembagaan persekutuan mengatakan bahasa rasmi persekutuan adalah bahasa melayu. Lebih dari itu, perkara 8 pelembagaan persekutuan menghalang sebarang diskriminasi diantara warganegara di atas sebab perkauman.

Namun, hari ini timbul pelbagai permasalahan berikutan konsep ketuanan melayu ini yang mana penulis merasakan berpunca kerana sebahagian pihak gagal memahami sejarah penubuhan negara mereka sendiri.Dan terdapat juga pihak-pihak yang sengaja untuk tidak memahami sejarah ini. Mereka mempertikaikan mengapa perlu ada ketidakadilan dalam negara kita ini, kaum melayu mendapat hak-hak yang tidak diperolehi mereka. Ingin saya tegaskan disini kepada mereka-mereka yang mempertikaikan mengenai perkara ini anda semua BERHAK untuk melucutkan hak-hak istimewa yang ada pada kami, NAMUN anda juga perlu INGAT , kami juga mempunyai HAK untuk menarik balik taraf kerakyatan sebagai warganegara yang dinikmati oleh kalian pada saat ini.

Akhir kata penulis bersetuju,menyokong, dan akan terus KENTAL mempertahankan serta memperjuangkan ketuanan melayu selagi mana kaum melayu masih kaum yang kuat dan mempunyai ciri-ciri yang seperti yang disebutkan dalam hadis nabi Muhammad sollallahualaihi wassalam dalam video diatas dan definisi melayu di dalam istilah ketuanan melayu adalah sepertimana melayu yang di dalam pengertian perkara 160(2) perlembagaan persekutuan. Kepada mereka-mereka yang mempertikaikan tentang perkara ini, teruskan berbuat demikian namun, ingatlah jangan disangka air yang tenang itu tiada buaya. Sudah menjadi budaya melayu untuk bersabar dan berlemah lembut meskipun terus ditindas dan dipijak, tetapi bangsa melayu juga mempunyai satu falsafah yang di panggil AMUK. Jadi marilah sama-sama kita mengambil sifat bertoleransi di dalam hal ini agar perkara-perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Penulis juga akan menentang konsep ketuanan melayu sekiranya hakikat konsep itu berpaksikan kepada semangat asabiyyah dan kroniisme semata-mata.

sekian,….

- …160(2) mengatakan melayu bererti individu yang menganuti agama islam, bertutur dalam bahasa melayu, dan mengamalkan adat resam melayu…

Surah Al-baqarah ayat 250 …

وَلَمَّا بَرَزُواْ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُواْ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ {250}

Saturday, February 5, 2011

Hargailah Al-fatihah

(Arwah berdiri paling kanan sekali, pelajar tahun 2 Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, FSU)

Hargailah….. Al-Fatihah

Salam….aku hulurkan kepadanya, lalu dia membalas salam, lalu dia bertanya guano? Aku pun menjawab gini ar guano lagi… hahaha-kami ketawa… giliran ku pula bertanya mu ni ya’qubiah yang disebut2 orang itu kan? Dok eh, ana bukhari,sekoloh je kat ya’qubiah kelate- namenya menjadi sebutan kerana beliau antara individu yang bersemangat semasa di minggu taa’ruf.

Anta dari kelate gok ko? Dia bertanya padaku selepas beberapa ketika mendengar lahjah Kelantan yang sengaja aku pekatkan bagi membuatnya selesa berbicara dengan ku… Yolo doh dari mane lagi, negeri tok guru la…jawabku.. kami terus berbual sehingga seorang teman kami datang dan membuat ikhsan menceritakan di sebalik tabir drama Kelantan ku ini…

Hahaha… dia ketawa, kuatlah auta dia ni… selepas mendapat gambaran sebenar, aku tanpa rasa bersalah berkata orang yang baik untuk orang yang baik, orang yang auta untuk orang yang auta jugak lah kan… hahaha begitulah sedikit gambaran mengenali perkenalan ku dengan rakan ku ini di suatu masa dahulu di kolej keramat sutera indah..

Beberapa lama setelah usia perkenalan kami…. Di dewan kuliah itu…. Woih… jalanlah molek-molek sikit… berat ar demo ni…dia menegurku… elokla ni!! Bentak ku sambil menambahkan lagi gaya berjalan ku, beginilah cara dia selalu menyapa ku setiap kali ku berjalan dan terserempak dengannya… memang gaya berjalanku sedikit berbeza tapi what to do right, dah memang begitu, dulu, kini, selamanya…. Kekadang ku hanya senyum ketika di sapa begitu ataupun ku membuat isyarat mengangkat kepala kepadanya dengan maksud, asal?? Tak puah ati?? Nak gado??? Adakalanya juga aku yang menyapanya sebegitu(jalan la lok2 sikit) walhal dia sudah berjalan dengan sangat baik sekali….

Aaaaaah! Muka mo lagi, tak de muka lain ke, pe la yang malang sangat aku hari ni asyik jupe mu je… nilah antara dialog yang kami gunakan sesekali apabila terserempak… ketika dia menaiki motorsikal pula dia akan mengacah-acah untuk melanggarku yang sedang berjalan atau yang sedang menaiki kenderaan… dan seperti biasa aku pun akan membuat perkara yang sama ketika terserempak dengannya… ataupun sekadar membunyikan hon bertalu-talu…

Itulah diantara memori-memori indahku bersama sahabatku ini bukhari….

Namun semuanya itu tinggal kenangan yang tak mungkin ku lupakan… Kini beliau telah kembali ke rahmatullah malam semalam kerana demam panas…

Bukhari…Bukhari… Bukhari

I might not able to change the way I walk

And even I can change it, I will never, ever, an ever change it,

Because whenever I walk it is not me who is walking,

But it is us, who are walking, it is us, who walk together,

And we will always walk together…

Beliau adalah rakan seperjuangnku, seorang sahabat, dan seorang rakan yang telah menambahkan erti dalam hidupku.. dan mungkin lebih tepat lagi beliau lah rakan berkelahi dan teman bergaduhku… sehingga mereka yang tak mengerti sering menyangka kami ini bermusuh walhah kami adalah sahabat yang bersahabat melalui hati…

Aku berdoa agar dihari itu nanti, hari di mana sahabat karib masing-masing menjadi musuh kepada sahabatnya, dan dihari di mana sahabat karib lari meninggalkan sahabatnya, kita bukhari akan tetap KENTAL di sana, dan aku berharap kita akan diterima oleh Allah sebagai dua orang yang bertemu dan berpisah hanya keranaNYA… inshaAllah amin…

Dan seperti biasa kepada pembaca aku akan meninggalkan kalian dengan ucapan cliché ku yang biasanya akan dilupakan dalam kehidupan ku, love and appreciate those who around you, because you don’t know how much you love them, and how much you need them till the time you will lost them forever…

Alfatihah kepada bukhari… moga Allah ampunkan dosanya dan letakkan beliau ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh, inshaAllah..


http://www.youtube.com/watch?v=wMFKxgGaLIs&feature=related