BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 10, 2009

JOHAN DEBAT DIRAJA 2009!!!





Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca budiman sekalian...huhu...lame jugak aku tak post kat blog aku ni...hmm, sibuk dengan Kejohanan Debat Diraja IPT Malaysia kat Universiti Malaya tempoh hari...letih jugak, tapi setelah dinobatkan sebagai JOHAN dalam Kategori Muda menghilangkan terus keletihan mengharungi perdebatan yang panjang di sana....ALHAMDULILLAH, aku bersyukur dengan kejayaan ini dan turut berkongsi kegembiraan bersama ahli pasukanku yang lain, Ammar, Ijat dan Anis....Terima kasih kepada korang semua yang komited dan menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang kejohanan....Aku minta maaf atas kesalahan yang aku lakukan dan minta maaf jugak atas persembahan aku yang nampak hambar di mana-mana dewan persidangan....

Sekalung penghargaan jugak buat Abg Ikhwan, Kak Mai, Abg Lah, Kak Mija, Abg Qaiyum Musa, Abg Qayyum Jumidey, Abg Izuan, Kak Zati dan Irham yang memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada kami...

Buat senior lain, Abg Hariri, Abg Zaini dan yang lain-lain, terima kasih banyak2 atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan....

Buat coach kami, Abg Acoi, terima kasih kerana tidak lokek ilmu yang ada untuk memantapkan lagi pasukan kami dan juga team debat USIM.....

Berikut sedikit laporan Debat Diraja IPT Malaysia 2009, khususnya yang melibatkan perjalanan pasukan aku, pasukan USIM Muda 1 kategori Bahasa Melayu yang dapat disediakan buat tatapan pembaca:

Kontinjen Pasukan Debat USIM menutup tirai kejohanan debat 2009 dengan kenangan manis. Johan bagi Kategori Muda B.Melayu serta Johan Kategori Utama B.Arab merupakan pencapaian paling gemilang USIM di pentas debat setelah 10 Tahun ia ditubuhkan. Ini adalah'hadiah' untuk USIM sempena meraikan Majlis 10 Tahun penubuhannya serta untuk Naib Canselor USIM yang baru dilantik, Prof Dato' Muhammad Muda.


Pendahuluan:-

Pertandingan Debat Diraja IPT merupakan satu kejohanan yang paling berprestij dan ditunggu-tunggu para pendebat IPT Malaysia setiap tahun. Terdapat 3 kategori bahasa yang dipertandingkan, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Setiap universiti dibenarkan menghantar maksimum 4 pasukan yang dibahagikan pula kepada 2 pasukan senior dan 2 pasukan junior. Meskipun begitu, masih terdapat beberapa syarat yang digariskan oleh Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Kali ini, pasukan debat Bahasa Melayu meletakkan 3 pasukan sebagai percaturan oleh jurulatih USIM, En. Syamsul Amri bin Ismail. Kali ini, jumlah keseluruhan kumpulan debat Bahasa Melayu yang mengambil bahagian ialah 78 pasukan.
Pertandingan Debat Diraja 2009 berjalan selama 6 hari di Universiti Malaya.


Laporan:-

3 Disember 2009 (Khamis):-

Merupakan hari pertama dan hari pendaftaran peserta dari seluruh Malaysia. Pembahagian bilik-bilik peserta dilakukan di Kolej Kediaman 3, Universiti Malaya. Kemudian diteruskan dengan taklimat khas dari ketua juri dan ketua unit teknikal pertandingan Debat Diraja IPT 2009. Setelah selesai, perbincangan dilakukan yang diketuai oleh Saudari Ummu Humaira bt Azahari. Perbincangan dimulakan dengan Al-fatihah. Alternatif yang diambil oleh beliau ialah, setiap kumpulan perlu membuat konsep dan mencari fakta bagi setiap kategori tajuk iaitu sosial, politik dan ekonomi. Kemudian, setiap kumpulan perlu membentangkannya kepada kumpulan yang lain. Seterunya ditangguh dengan tasbih kafarah dan surah Al-'asr.


4 Disember 2009 (Jumaat):-

Hari kedua pertandingan. Keadaan menjadi tegang apabila kebanyakan peserta mengalami sakit perut yang dipercayai berpunca daripada nasi lemak yang disediakan semasa sarapan. Namun, pertandingan diteruskan juga dengan pengumuman usul serta pasangan pasukan yang akan bertanding.

Kumpulan USIM Muda 1 lwn USIM Senior 1. Usulnya ialah : 1Malaysia Simbol Politik. USIM Muda 1 bertidak sebagai pembangkang. Perdebatan sengit dan rezeki berpihak kepada USIM Senior 1 dan pendebat terbaik disandang oleh Ummu Humaira daripada pasukan USIM Senior 1 @ USIM Utama 1

Persidangan kedua pula melibatkan USIM Muda 1 lwn UPSI Muda 2. Usulnya ialah : Penjagaan Kesihatan di Malaysia Memuaskan. Usim Muda 1 bertindak sebagai sebagai pembangkang. Kemenangan berpihak kepada USIM muda 1 dan pendebat terbaik disandang oleh saudara ‘Ammar Sahrim (USIM muda 1).

Persidangan ketiga pula menemukan pasukan USIM Muda 1 dan UKM Muda 2. Usulnya ialah : Hitam Itu Menawan. USIM Muda 1 bertindak sebagai kerajaan dan persidangan ini juga mula menjadi kontroversi apabila pasukan USIM Muda 1 membawakan pelambangan 'Hitam' itu sebagai Kereta Mercedez Benz. Kami meletakkan Mercedez Benz sebagai perlambangan kepada 'Hitam' bersandarkan kepada takrtifan 'Hitam' yang disifatkan oleh seorang motivator terkenal tanah air sebagai 'Elegant' dan 'Keunggulan'..Justeru, bersandarkan kepada sifat yang ditonjolkan atas karakter 'Hitam', maka kami sepakat meletakkan Mercedez Benz sebagai isu yang perlu diperdebatkan dalam dewan... Mudah je kan?..hehehe...Persidangan ini juga menjadi buah mulut orang lain terutamanya para pendebat Bahasa Melayu daripada IPT yang lain dan sekaligus memberikan kami jolokan sebagai 'kumpulan mercedez'...hahaha... Meskipun begitu, rezeki berpihak kepada pihak lawan dan pendebat terbaik juga disandang daripada pihak lawan.

Kesimpulannya, kumpulan USIM Muda 1 sekadar memenangi 1 persidangan pada hari pertama perdebatan, sekaligus memberi tekanan kepada kami yang disandarkan harapan untuk mara lebih jauh dalam Kategori Muda. Baki 3 perlawanan keesokan hari perlu diharungi dengan kemenangan bagi memudahkan laluan ke suku akhir..Pada malamnya, perbincangan diteruskan dan pencarian maklumat serta fakta dipergiat oleh setiap peserta. Majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-'asr.



5 Disember 2009 (Sabtu):-

Hari kedua pertandingan digalas bersama azam baru untuk memperbaiki kedudukan Pasukan USIM Muda 1. Persidangan keempat dimulakan dengan mempertemukan pasukan USIM Muda 1 dan UPSI Muda 1. Usulnya ialah : Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan. USIM Muda 1 bertindak sebagai pembangkang dan Alhamdulillah usul ditolak dewan dan pendebat terbaik disandang oleh sdr. Azri Naim (USIM Muda 1).

Persidangan kelima, USIM Muda 1 lwn UMT Muda 1. Usulnya : Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi. USIM Muda 1 bertindak sebagai kerajaan dan sekali lagi berjaya menambat hati juri meskipun pendebat terbaik menjadi pilihan dari pihak lawan.

Persidangan keenam, USIM Muda 1 lwn UPM Muda 2. Usulnya : Hadiah Nobel Keamanan Dipolitikkan. USIM Muda 1 bertindak sebagai pembangkang. Perdebatan ini agak sengit. Namun, perezaan margin adalah 5. USIM Muda 1 telah berjaya memikat hati juri, seterusnya melayakkan diri ke suku akhir.

Pada malamnya, persiapan dilakukan dengan lebih lagi kerana kumpulan USIM Muda 1 telah pun menjadi ayam tambatan dan harapan USIM tatkala pasukan debat USIM yang lain tidak dapat mara ke suku akhir. Setiap invidu memainkan peranan yang sangat penting dalam merangka konsep dan mencari fakta. Ape yang membuatkan kami terharu, malam itu pasukan debat USIM lain yang tidak layak ke suku akhir bertungkus-lumus menolong kami dalam menyediakan fakta dan membina konsep, seolah-olah mereka yang akan berentap di suku akhir. Syukran kepada team USIM Utama 1 dan team USIM Utama 2..Tambah menceriakan keadaan apabila malam itu Abg Hariri turut ringan tulang bersama-sama kami dalam membantu serba sedikit pembinaan konsep dan flow hujah.



6 Disember 2009 (Ahad):-

Jarang sekali perasaan sebegini menyelubungi diri, mane taknye sebab layak ke Suku Akhir buat pertama kali...waktu ni, hati sering terdetik, boleh ke pergi Final ni...hmm, apepun Suku Akhir perlu ditempuh dahulu...maka pada peringkat Suku Akhir, pasukan USIM Muda 1 telah dipertemukan dengan pasukan UPM Muda 1. Dengan usul, Afdlin Shauki: P Ramlee Generasi Baru, pasukan kami telah bertindak sebagai Pembangkang. ALHAMDULILLAH, dengan juri 4-1, kami diisyhtihar layak untuk meneruskan kemaraan ke peringkat Separuh Akhir...

Lawan kami di peringkat Separuh Akhir ialah pasukan USM Muda 1..Usul yang terpilih untuk dibahaskan ialah F1 1 Malaysia Satu Pembaziran...hmm, bertindak selaku kerajaan, kami perlu pastikan agar dewan memahami konsep kami...ALHAMDULILLAH, dewan bergema dengan laungan ALLAHUAKBAR!!,, setelah hakim mengumumkan bahawa USIM Muda 1 berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir...

Terasa tekanan yang agak tinggi jugak la, kerana pertandingan Peringkat Akhir dijalankan pada hari yang sama...kami hanya diberikan tempoh kira-kira sejam untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan akhir....selalunya persediaan untuk Final diberikan untuk tempoh sehari, tetapi pihak penganjur telah memutuskan untuk dijalankan perlawanan akhir pada hari yang sama, jadi kami akur je la..huhu..Di sini, penghargaan ditujukan khas buat semua anggota pendebat Bahasa Melayu USIM untuk kejohanan ini yang bertungkus-lumus membantu kami, termasuklah Abg Acoi yang memberikan kami hala tuju konsep untuk usul Final nanti...thanks jugak for Abg Acoi kerana sudi hadir menyaksikan Final. Final mempertemukan kami dengan pasukan UTP Muda 1, dan membahaskan usul Isu Pemanasan Global: Dunia Sudah Terlambat...kami diundi untuk berada di posisi Pembangkang...maka perlawanan berlangsung dengan masing-masing memainkan peranan di posisi yg ditetapkan...ALHAMDULILLAH, akhirnya pasukan USIM Muda 1 telah mengakhiri penantian sekian lama pasukan debat USIM untuk menggondol kejuaraan di pentas Debat Diraja setelah diumumkan sebagai JOHAN...




2 comments:

Anonymous said...

klo da mmg org DEBAT,gi mne2 pown akn DEBAT..(n_n)

Anonymous said...

i'm your drug fan!!!