BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

EXAM!! EXAM!!

Huhu...ape kabo pembaca sekalian?..lame jugaklah aku punye blog ni bersawang...hehehe...maklum lah, busy la katekan...sekarang ni aku dalam Latihan Pusat Pendebat USIM untuk Debat Diraja 3 sampai 8 Disember 2009 ni...tapi kat post kali ni aku tak tulis pasal latihan tu la, nanti untuk post yg lain aku tuliskan...yang ni aku nak tulis pasal exam dulu....Isnin, 16 November 2009, aku telah menduduki kertas terakhir untuk Final exam Semester 1, untuk subjek Al-Madkhal ilaa al-fiqh wa al-Fatwa...Mase diberi selama 2 jam dan 30 minit....Soalan ada 5, and kena pilih 3 soalan jer...huhu, agak mencabar soalan yg diberi.....aku jawab soalan 2, 4 dan 5....Tapi alangkah terkejutnya aku bila rakan aku yg lain cakap soalan 1 wajib jawab...Waktu tu, yg tak jawab soalan 1 gelabah la...aku pun ade rase risau gak...ye la, mane tidaknye, dah la soalan 1 wajib, and pastu tak jawab, confirm la hilang markah....adoi!!...aku bace dah arahan kat muka surat depan, tak perasan plak arahan yg cakap soalan 1 wajib....ramai gak yg seirama dengan aku...Tapi, setelah kitorang tgk balik, baru perasan ada arahan yg soalan 1 mesti dijawab bersama...hmmm,, pasrah jer la...tapi ramai gak yg tak jawab soalan 1 tu....pada aku soalan tu memang susah daripada soalan lain..so, tak hairanlah kalo ramai yg abaikan soalan 1 tu....Bayangkan, cadangnya nak celebrate 'MERDEKA' hari tu, terpaksa batal, sebab ramai yg agak 'tension' dengan ape yg berlaku...so, lepas exam balik tidur la...nak release tension...hahaha...Aku harap Ustaz Lutfi dapatlah mempertimbangkan jawapan yg aku jawab, walaupun aku terlepas soalan 1.... korang sume pun doakanlah aku ye...ok..syukran..


Luahan oleh: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

Sunday, November 15, 2009

EXAM!! EXAM!!

Pembaca sekalian, sory la, lame jugak aku tak post ape2 kat blog.....aritu aku janji nak cakap pasal hal peperiksaan aku pada hari Rabu, (11 November 2009)....Hari tersebut aku menjawab subjek Hubungan Etnik...Masa diperuntukkan selama 2 jam, bermula jam 2.30 petang...Lebih kurang sama jer format dengan subjek TITAS, ada 30 soalan objektif dan soalan pilihan esei...macam bese, aku mulakan dengan menjawab esei...Aku pilih soalan berkenaan dengan 'Peranan kerajaan, NGO dan masyarakat dalam mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia'...goreng jer la...hehehe...pastu, jawab soalan objektif la plak...hmmm, susah gak soalan objektif...redah je la...huhu...Pastu, siaplah sudah aku menjawab soalan Hubungan Etnik....Ok, hari Isnin, (16 November 2009), aku akan menjawab kertas yg terakhir...yeye...tapi subjek ini agak digeruni ramai..hehe....Subjeknya, Al-Madkhal ila Al-Fiqh wa Al-Fatwa...oraiit, doakan aku ye....


Coretan: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal..

Tuesday, November 10, 2009

EXAM!! EXAM!!

Pembaca sekalian, petang semalam (10 November 2009), aku meneruskan perjuangan untuk Peperiksaan Akhir Semester 1 2009 dengan menjawab soalan Bahasa Arab 2...tepat jam 2.30 petang, aku mulakan menjawab soalan yg diberi...hmm, berbanding kertas Bahasa Arab 1, kertas kali ni (BA 2) agak sukar dan memang antara soalan Arab yg 'extreme' sepanjang aku menjawab kertas peperiksaan Arab kat USIM ni....huhu...Setelah 3 jam berhempas pulas, akhirnya settle gak aku jawab soalan BA 2...pukul 5.30 ptg, pengawas peperiksaan pun kutip la kertas aku dan yg lain2...hmm, entah la, rasa tak tau nak tulis apa lagi pasal exam semalam,....harap2 dapat la aku score 'A' untuk subjek ni...insyaALLAH...pukul 2.30 ptg, hari Rabu (11 November 2009), aku akan menjawab pula soalan untuk subjek Hubungan Etnik....tunggu coretan seterusnya....

Nukilan: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

Monday, November 9, 2009

EXAM!! EXAM!!

Hari ini, 9 November 2009, aku meneruskan sisa2 perjuanganku menghadapi peperiksan akhir semester 1 2009..tadi, aku menjawab 2 kertas, Bahasa Inggeris 2 dan Sistem Undang2 di Malaysia...pukul 9.00 pagi, aku dan rakan2 berama-sama menjawab soalan Bahasa Inggeris 2....masa diperuntukkan selama 2 jam dan berakhir jam 11.30 pagi...Alhamdulillah, aku berasa seronok kerana soalan yg dikeluarkan mudah untuk dijawab, walaupun ada la ckit2 susah..maklum la, nama pun peperiksaan...huhu...Namun, tadi aku nekad keluar awal pada jam 11.00 pagi, sebabnya nak baca nota law, ada yg tak abis baca lagi...hehe..so, rase riso gak la...so, rase mcm takde ape2 yg nak dibetulkan lg untuk subjek BI, aku pun keluar la dari dewan peperiksaan...And then pada petang tadi, bermula jam 3.00 petang, selama 3 jam aku berhempas pulas bersama-sama rakan yang lain untuk menjawab kertas Sistem Undang2 di Malaysia...Alhamdulillah, banyak soalan spot keluar, and just pilih jer...daripada 6 soalan, calon dikehendaki menjawab hanya 4 soalan...semua soalan esei tau...Wah!!..kebas jugak tangan aku menulis tanpa henti selama 3 jam...huhu....hmm, tu je la coretan untuk hari ini...Esok, 10 November 2009, jam 2.30 petang, aku akan menjawab kertas soalan Bahasa Arab 2 plak..ok, nantikan nukilan seterusnya ye...

Coretan oleh: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

Saturday, November 7, 2009

Kemarau 61 tahun berakhir (HOBIN JANG HOBIN!!)




KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan mengakhiri kemarau 61 tahun untuk menjulang trofi teragung bola sepak negara, Piala Malaysia dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Sebaliknya malam malang penuh hampa buat Wira Merah kerana biarpun bertemankan majoriti penonton, mereka masih gagal mematahkan tanduk Si Rusa yang melonjak megah meraikan kejayaan bersejarah sekali gus memberikan hadiah tidak ternilai buat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang baru ditabalkan 26 Oktober lalu.

Jika bersandarkan sejarah kejohanan, inilah Piala Malaysia pertama yang berjaya menebus kehampaan Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan 2006 setelah ditewaskan Perak dan Perlis pada perlawanan akhir.

Sebelum ini, Negeri Sembilan pernah sekali muncul juara iaitu pada 1948 ketika kejohanan ini menggunakan nama, Piala HMS-Malaya.

Dimulai Shahurain Abu Samah pada minit ke-18, disambung Hairuddin Omar seminit selepas rehat dan dilengkapkan Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak tanggal minit ke-59, tiada apa yang mampu dilakukan Kelantan melainkan memanjangkan penantian dan rasa kempunan yang mencecah 39 tahun untuk menikmati trofi itu.

Gol tunggal Kelantan pada masa kecederaan babak kedua pada minit ke-93 menerusi sepakan bebas ketua pasukannya, Indra Putra Mahayuddin sekadar satu sagu hati yang mengubat luka barisan Wira Merah yang terpaksa menelan hakikat pahit keputusan ini.

Kecuaian bek kiri Kelantan, Zamri Ramli mengawal bola daripada hantaran lambung ke kotak penalti menghukum pasukannya dengan gol pertama Negeri Sembilan hasil rembatan kencang Shahurain Abu Samah pada minit ke-18 tanpa mampu ditepis Mohd. Halim Napi.

Dua minit sebelum rehat, Hairuddin Omar nyaris melebarkan kedudukan Si Rusa dengan gol kedua tetapi tandukan kencangnya sekadar sipi beberapa inci daripada tiang gol Kelantan selepas mendapat umpanan lintang S. Kunanlan dari sebelah kiri.

Namun hanya seminit babak kedua bermula, Hairuddin menebus kegagalan itu dengan tandukan yang menjerat Halim secara solo hasil hantaran sebelah kiri gandingan serangannya, Zaquan Adha sekali gus menjelmakan gol kedua Negeri Sembilan.

Gol yang meragut 90 peratus semangat juang Kelantan itu muncul gara-gara sangkaan barisan belakangnya yang meleset bahawa Hairuddin yang dipinjam daripada T-Team bagi Piala Malaysia musim ini, sudah berada dalam keadaan ofsaid.

Zamri sekali lagi menambah derita Kelantan gara-gara menarik tangan Shahurain yang sudah mencerobohi kubunya pada minit ke-58 lantas menghadiahkan sepakan penalti buat Negeri Sembilan yang tenang disudahkan Zaquan Adha seminit kemudian.

Ketinggalan tiga gol itu hanya tambah memberangkan penyokong Si Kijang yang bukan sahaja beransur-ansur meninggalkan tempat duduk bahkan melontar pelbagai objek termasuk mercun sehingga berkepul-kepul asap tebal di ruang angkasa gelanggang tanda tidak puas hati.

Malah ada diantaranya membakar kerusi di tempat duduk penonton.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM itu turut disaksikan Tuanku Muhriz di samping Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Negeri Sembilan mendapat hadiah bonus apabila pemainnya, Shukor Adan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu.

Dalam pada itu, Mohamad ketika ditemui berkata, beliau kagum dengan kesungguhan dan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain.

“Kita tak pernah ada hutang dengan pemain dan gaji mereka dibayar tepat pada masanya, ini antara faktor kemenangan.

“Malah pemain juga beraksi dengan baik dan memberikan tumpuan sepenuhnya.

“Kita akan memikirkan imbuhan kepada pemain dan pegawai hasil daripada kemenangan ini,” katanya.

Sementara itu, Annuar yang diminta mengulas mengenai aksi malam tadi berkata: “Kita berpuas hati dengan permainan malam ini. Bayangkan, ini kali pertama kita ke final, tapi orang lupa.

“Memang (Negeri Sembilan) bermain dengan hebat terutama pada posisi tengah yang kental manakala kami di bahagian yang sama tak berapa kuat ditambah dengan kejutan gol yang pertama.

“Jadi ini pengalaman bagi kami. memang saya faham penyokong hampa dan saya mewakili pasukan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan harapan mereka.

“Walau apa pun, saya merayu kepada mereka supaya banyak bersabar,” katanya.


Sumber: Utusan Online (8 November 2009)

'Jaringan awal bakar semangat'



PEMAIN Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pada minit ke-18 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Jaringan awal beri kemenangan kepada Negeri Sembilan, perkara itu diakui oleh jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas pasukannya berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, hala tuju perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sudah dirasainya sebaik sahaja Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pada minit ke-17.

"Corak permainan kami bertambah bagus apabila memperolehi jaringan awal, pemain terus bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.

Tanpa menghiraukan sorakan lebih 60,000 penyokong Kelantan anak buah Wan Jamak terus beraksi seperti biasa, malah mendapat jaringan kedua pada awal separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar.

Disiplin yang tinggi juga menjadi faktor utama kemenangan pasukan Negeri Sembilan, walaupun penyokong Kelantan melontar objek dan mercun ke dalam padang ia langsung tidak mengganggu fokus mereka.


Statistik perlawanan


"Awal-awal lagi saya sudah menasihati pemain supaya sentiasa mengawal disiplin mereka dan ternyata mereka mengikutnya," katanya.

Kekebalan Shukor Adan di barisan pertahanan juga menjadi kunci utama kegagalan Kelantan menembusi kubu pertahanan Negeri Sembilan, pemain terbaik perlawanan akhir itu berganding baik dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Bagi B. Sathianathan pula, Negeri Sembilan berhak untuk muncul juara tetapi dia berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya.

"Selepas jaringan pertama dan kedua mereka (Negeri Sembilan) mula menunjukkan keyakinan dan pemain saya mula hilang tumpuan," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Bagaimanapun Sathia yakin pemain muda yang diturunkan memperoleh pengalaman berharga dan yakin mereka mampu bangkit pada musim seterusnya.

"Saya bangga dengan pemain mereka mampu membawa pasukan sehingga ke peringkat ini dan kehadiran penyokong yang ramai bukan punca kami tewas, ia adalah kelebihan buat kami tetapi kemenangan berhak kepada Negeri Sembilan," katanya.


Sumber: Utusan Online (8 November 2009)

Friday, November 6, 2009

Manohara dikenakan penghakiman ingkar


KERATAN Kosmo! 21 Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra berjaya memperoleh penghakiman ingkar terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot berhubung kes saman RM105 juta berikutan kegagalan wanita itu melantik peguam baru di Mahkamah Tinggi di sini semalam.


MANOHARA


Timbalan Penolong Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff ketika memutuskan perkara itu di kamarnya bagaimanapun tidak menentukan nilai sebenar jumlah ganti rugi yang diperoleh Tengku Muhammad Fakhry.

Menurut peguam Mohd. Haaziq Pillay selaku wakil Tengku Muhammad Fakhry, 31, mahkamah akan membuat taksiran jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada keadaan.


MUHAMMAD FAKHRY


Sehubungan itu, pihaknya akan memfailkan notis tuntutan taksiran ganti rugi pada minggu hadapan dan mahkamah akan menetapkan perbicaraan berhubung tuntutan tersebut.

Mohd. Haaziq memberitahu, pihaknya memfailkan penghakiman ingkar setelah Manohara, 17, dan ibunya, Daisy Fajarina gagal melantik peguam baru dalam tempoh yang diarahkan mahkamah sebelum ini.

Menurut beliau, sebelum ini plaintif memohon tuntutan saman ganti rugi sebanyak RM105 juta terhadap defendan namun jumlah itu mungkin berkurang atau lebih bergantung kepada taksiran mahkamah.


Sumber: Kosmo online 7 November 2009..

Thursday, November 5, 2009

EXAM!! EXAM!!

Semalam, hari Khamis (5 November 2009), aku menjawab kertas kedua iaitu subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)..Mengandungi 30 soalan objektif, dan 3 soalan esei, calon dikehendaki menyiapkan jawapan dalam tempoh 2 jam, bermula jam 9.00 pagi..Aku mulakan dengan menjawab soalan esei dahulu...ada 3 soalan, tapi kena pilih satu soalan sahaja...Hahaha, ramai menjangkakan tajuk Islam Hadhari akan menghiasi ruangan soalan esei, namun jangkaan kami sama sekali meleset, tatkala hanya 1 soalan objektif sahaja yg berkisar tentang Islam Hadhari...Study tahap 'kritikal' pasal Islam Hadhari, last2 tak kuar..haha.. Tapi Alhamdulillah ada soalan tentang Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu..aku baca banyak gak pasal tajuk ni...so, aku decide untuk jawab soalan ni...best gak dapat goreng..seronok sangat...hehe...setelah selesai mengarang esei, aku beralih kepada soalan objektif plak...hmm, agak rumit....Namun, aku kuatkan azam and terus menjawab...Akhirnya tepat jam 11.00 pagi, aku selesai menjawab soalan TITAS...Hari ini, Jumaat (6 November 2009), sehingga Ahad (8 November 2009), 'merdeka' jap...hehe..and then sambung balik pada hari Isnin (9 November 2009)....nantikan coretan seterusnya...

Nukilan: Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal

Wednesday, November 4, 2009

EXAM!! EXAM!!

Hari ini, 4 November 2009, bermulalah peperiksaan akhir semester 1 bagi pelajar2 thn pertama sarjana muda dengan kepujian, sehingga 16 November 2009...hahaha, salah seorang yg merasa 'nikmat' peperiksaan ini adalah aku sendiri....hari ini peperiksaan dimulakan dengan menjawab kertas bahasa Arab 1....wah!!!...memang menyeronokkan, sebab ia subjek kegemaranku....cuma tadi semasa menjawab soalan BA1, aku agak geram sebab ada kalimah yg aku terlupa tatkala aku ingin menggunakannya, terutama ketika menulis esei....namun Alhamdulillah, berjaya jugak aku siapkan dengan masa yg diperuntukkan iaitu selama 3 jam....pembaca2 sekalian, doakanlah kejayaan aku dalam peperiksaan kali ini....esok, 5 November 2009, aku dan rakan2 lain akan menghadapi kertas Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)....doakan agar aku mudah menjawab....nanti aku post cerita lain plak...huhu....

Nukilan; Mohammad Azri Naim bin Mohd Kamal